Bisul dan ketulan pada permukaan kulit atau kelenjar boleh dikatakan suatu perkara yang agak menggerunkan. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira umur.
Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh amalan gaya hidup yang kurang baik selain faktor genetik seperti jangkitan ataupun barah.
Antara ketulan yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita adalah fibroid dan juga cyst.

Fibroid biasanya berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 40-an dan awal 50-an. Sementara cyst pula muncul untuk semua wanita yang belum putus haid.
Setakat ini, masih tidak jelas faktor yang menyebabkan fibroid dan cyst. Namun, beberapa punca berlakunya ketulan ini adalah disebabkan:
- kegemukan
- diet yang terdiri daripada banyak daging merah
- masalah hormon
- jangkitan kelenjar yang teruk
Perbezaan Fibroid Dan Cyst
Secara umumnya, fibroid berlaku di dalam rahim sementara cyst sering berlaku di ovari. Namun, terdapat sesetengah kes yang mana cyst boleh berlaku di kawasan kelenjar yang lain.
Kedua-dua penyakit ini biasanya berlaku tanpa gejala. Sebagai contoh cyst berlaku apabila salah satu folikel di dalam badan yang perlu melepaskan cecair gagal untuk dibuka atau tersumbat.
Kebiasaannya ia hilang dengan sendiri dalam masa beberapa bulan tanpa anda sedari. Kebanyakan cyst di ovari berlaku semasa kitaran ovulasi, dan kurang terjadi pada wanita yang telah melalui menopaus.
Oleh sebab ia tidak bergejala, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda memilikinya sehingga berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan rutin.
Berikut adalah beberapa simptom yang mungkin disebabkan fibroid ataupun cyst:
Kesan akibat fibroid
Untuk pengetahuan anda, saiz Fibroid boleh menjadi sekecil biji epal atau mereka boleh tumbuh sebesar buah limau gedang.
Gejala lain boleh merangkumi:
- sakit pelvis
- kembung perut dan perut kelihatan besar
- kerap buang air kecil
- tekanan rektum
- pendarahan yang banyak sehingga berlaku anemia
Selain itu juga, fibroid boleh tumbuh lebih cepat atau lebih besar semasa kehamilan dan cenderung menyusut selepas menopaus atau jika anda mengambil ubat hormon jenis tertentu.
Kesan akibat cyst
Cyst pula berbeza mengikut tubuh atau kawasan yang dihinggapi. Saiznya adalah sekitar 0.5 hingga 4 inci atau lebih besar dan boleh menyebabkan:
- kembung perut
- saking di punggung atau peha
- kerap membuang air
- pendarahan
- masalah usus
- kenaikan berat badan
- sakit perut pada satu sisi
Perlu diingatkan juga, cyst boleh juga hadir di kawasan kulit dan juga kelenjar yang lain seperti di bahagian celah ketiak dan lain-lain.
Terdapat dua jenis cyst yang boleh berlaku iaitu sebum atau bartholin.
Untuk cyst jenis sebum, ia biasanya berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat. Ia tidak menimbulkan kesakitan kecuali dijangkiti. Sebilangan besar ia akan mengecut, namun jika dia terlalu besar pembedahan kecil mungkin diperlukan.
Cyst jenis Bartholin pula disebabkan oleh kelenjar Bartholin yang tersekat. Ia boleh berlaku banyak kali dan memerlukan pembedahan kecil untuk membuangnya.
Apa yang berlaku jika cyst pecah?
Apabila cyst pecah, ia boleh membawa kepada:
- sakit perut secara tiba-tiba
- deman dan muntah
- pening dan kadar penafasan yang cepat
- pengsan
Fibroid dan cyst boleh mencetuskan sakit pinggul dan kembung perut. Dua gejala utama dapat memberikan petunjuk mengenai mana yang mungkin anda miliki. Pertama, sakit perut pada satu sisi lebih mungkin disebabkan oleh cyst ovari. Sebaliknya, masalah pendarahan haid yang berat lebih cenderung disebabkan oleh fibroid rahim.
Sebilangan besar gejala ini juga disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Itulah sebabnya berjumpa doktor dan mengetahui dengan tepat apa yang sedang berlaku adalah pendekatan terbaik.
Sumber: FAQ MyHealth healthline , Hello Doktor