Tidak dinafikan lagi, penggunaan kod bar ini boleh dilihat hampir pada semua produk di pasaran. Ia boleh didapati sama ada terus pada plastik pembungkusan, kotak ataupun pada pelekat untuk pelbagai jenis produk.

Dengan kehadiran kod bar ini juga, ia dilihat telah hadir sebagai penyelesaian yang membantu para pekerja untuk mengurus inventori denga lebih berkesan selain membantu kebanyakan perusahaan masa kini untuk mengendalikan produk mereka dengan lebih efisien.

Namun, pernahkah anda terfikir daripada manakah asalnya kod bar? Dan bilakah ia mula diperkenalkan secara meluas?


Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda asal usul kod bar dan bagaimana ia dicipta.

Untuk pengetahuan anda, untuk setiap jenis kod bar yang dihasilkan, ia mempunyai data ringkas untuk setiap produk yang merangkumi keseluruhan sejarah perjalanan dan penghasilan mereka. 

Sejarah Kod Bar

Penemuan kod bar mula ditelusuri sejak akhir 1940-an. Namun, ia digunakan secara komersial pada tahun sekitar 1980-an yang mana pada waktu itu, kod bar ini tidak kelihatan seperti yang kita lihat sekarang.

Idea kod bar ini bermula apabila seorang pemilik kedai makanan tempatan menyatakan kepada Drexel Institute of Technology di Philadelphia jikalau terdapat kaedah membaca maklumat produk secara automatik semasa pembayaran.

Daripada situlah, Bernard Silver dan juga Norman Joseph Woodland bekerjasama untuk membangun penyelesaian. Woodland mula-mula mencadangkan penggunaan dakwat sensitif cahaya ultraviolet yang dinamakan Bull’s Eye. Walau bagaimanapun, prototaip tersebut ditolak kerana tidak stabil dan juga kos pembinaannya agak mahal.

Tambahan, mencetak kod bar Bull’s Eye juga mempunyai kesukaran lain. Sebagai contoh, jika terdapat ketidaksempurnaan pada corak, ia akan menjadikan keseluruhan sistem tidak dapat dilaksanakan. 

Sehinggalah mereka menemukan corak yang seakan Morse Code yang mana boleh diterjemahkan menjadi data yang padat. Prototaip kasar telah dibina di rumah Woodland sendiri menggunakan lampu pijar 500 watt yang kuat. Ia memerlukan osiloskop untuk membaca kodnya. Osiloskop adalah alat elektronik yang digunakan mengukur dan melihat bentuk isyarat elektrik.

Sebelum Silver dan Woodland hadir dengan idea mereka, Radio Corporation of America (RCA) sebelum ini turut tampil dengan kaedah pembacaan yang seakan sama. Namun, ia tidak bertahan lama dalam perniagaan runcit kerana kaedah memerlukan pelanggan memilih kad penanda dan menunjukkannya kepada jurujual.


Penggunaan Barcode Pertama Adalah Melabel Keretapi

Jika kita lihat di pasaraya hari ini, sebilangan besar kod bar digunakan pada produk seperti makanan, buku, dan juga label yang menentukan harga untuk barang yang dibeli,

Namun, tahukah anda sebelum ia diperlukan pada produk tersebut, ia sebenarnya ia digunakan untuk pelabelan keretapi yang mana ia membantu menandakan kereta api.

Hal ini kerana, pada awalnya ia tidak diterima secara universal sehingga sistem pembayaran runcit dikembangkan iatu pada sekitar tahun 1970 oleh Logicon Inc. yang memperkenalkan kaedah Kod Pengenalan Produk Runcit Sejagat (UGPIC).

Seterusnya, syarikat pertama yang menghasilkan peralatan kod bar untuk perdagangan runcit yang menggunakan adalah syarikat Amerika Monarch Marking. Sementara untuk kegunaan industri pula, syarikat Britain Plessey Telecommunications memainkan peranan utama dalam penerimaannya dalam beberapa industri lain.

Standard Kod Bar Yang Digunakan Masa Kini

Sehingga ke hari ini, kod bar digunakan untuk menyelaraskan tugas, mengenal pasti item dan membuat kecekapan baru di sebilangan besar perniagaan.

Namun sebelum itu, pada tahun 1972, IBM telah mencadangkan reka bentuk yang lebih standard diperkenalkan yang boleh dipraktikkan oleh semua industri.  Menjelang tahun 1973, jawatankuasa memilih simbol UPC sebagai standard industri.


Kejayaan sistem sejak itu mendorong pengembangan sistem pengkodan lain. George J. Laurer dianggap sebagai penemu U.P.C. atau Kod Produk Seragam. Untuk pengetahuan anda, UPC hadir dengan 12 digit unik yang diberikan kepada barang runcit yang mengenal pasti kedua-dua produk dan vendor yang menjual produk tersebut. UPC pada produk biasanya muncul bersebelahan dengan kod bar yang hanya dapat dibaca menggunakan mesin.

Perkembangan kod var tidak hanya berhenti di situ apabila Bars & Stripes mula diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Tippecanoe Systems, Inc. Sejak itu, Bars & Stripes terus menjadi salah satu aplikasi perisian kod bar paling popular di industri yang membolehkan perniagaan kecil menggunakan pengekodan bar dengan perbelanjaan yang minimum.

Sumber: smithsonianmagbarcodesincindiehitmaker