Carian
Minimalist Lab Hadir Dengan Koleksi Minimalis Raya 2021
May 10, 2021 Lina Rosli

Minimalist Lab merupakan sebuah jenama tempatan yang menampilkan pelbagai koleksi barang perhiasan untuk para wanita moden. Untuk Syawal yang bakal tiba, nampaknya jenama ini telah hadir dengan pelbagai pilihan produk ELEMEN MNML untuk Koleksi Minimalis Raya 2021.


Ia dikatakan hadir dengan konsep minimal, elegan dan dalam pada masa yang sama boleh dipakai untuk semua majlis dan juga penggunaan harian.

Menurut Minimalist Lab, kebanyakan barangan perhiasan di pasaran hadir khusus untuk sesuatu acara sahaja. Namun, menerusi koleksi raya Minimalist, ianya menampilkan rekaan yang cukup sesuai dalam melengkapkan OOTD Raya anda.


Bukan itu sahaja, ELEMEN MNML juga membawakan rekaan dan gaya dan senang untuk dipadankan pada busana. Apa yang penting adalah anda hanya perlu mencampurkan dan bereksperimen dengan estetika kegemaran anda.


Bersempena Syawal ini juga, Minimalist Lab kini menawarkan promosi atas-talian untuk setiap pembelian produk sebanyak tiga item, anda boleh menerima satu item percuma. 

Untuk mendapatkannya, anda boleh menambahkan barang perhiasan pilihan anda ke dalam bakul dan gunakan kod promo “MNMLRAYA” semasa anda membuat pembayaran.

Komen