Carian
Guna 5 Aplikasi Ini Untuk Kirim Duit Raya – Mana Lebih Anda Gemari?
May 11, 2021 Lina Rosli

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pasti akan terasa sedikit kelainan yang mana tiada ziarah dan kunjungan dari sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga ke rumah anda sepanjang tempoh PKP dijalankan. 

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia yang mana pada pagi Hari Raya akan mengunjungi rumah saudara-mara untuk bermaaf-maafan dan mendapatkan duit raya dari orang yang lebih tua ataupun yang sudah bekerja.

Namun, disebabkan pandemik yang masih belum reda, makanya tahun ini anda masih perlu mempraktikkan penjarakan fizikal dan juga mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud anda tidak boleh memberi atau menerima duit raya. Tidak kira sama ada dekat atau jauh, anda masih boleh menghantar duit raya digital kepada keluarga dan rakan anda melalui lima aplikasi ini. 

Apa Itu Eduit Raya?

Eduit raya atau duit raya digital adalah alternatif lain yang disediakan oleh penyedia servis untuk menghantar wang hadiah atau duit raya melalui transaksi nirtunai. 

Bagi anda yang ingin mengirim duit raya, terdapat pelbagai aplikasi yang boleh anda cuba, ia termasuk:

Maybank2u Atau MAE

Maybank menyediakan alternatif kepada pelanggan mereka untuk menghantar eduit raya kepada kenalan menerusi akan MAE atau DuitNow QR.

Apa yang menariknya mengenai aplikasi ini, anda boleh melakukannya secara imbas dan bayar ataupun pindahan menerusi DuitNow QR. Selain itu juga, anda boleh menghantar ucapan raya kepada 30 orang sekaligus.

Untuk kad ucapan yang ingin dihantar, anda boleh menyunting dan memilih rekaan yang anda minati. Had kiriman ucapan adalah sehingga 100 patah perkataan. Sebelum menghantar, anda boleh terus menambah jumlah duit raya yang ingin dikirim.


Untuk pengetahuan anda juga, MAE tidak akan mengenakan caj bayaran untuk menghantar atau menerima eduit raya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan had pengiriman duit raya sehingga maksimum RM1,000 sehari.

Bagi anda yang bukan pengguna MAE dan mungkin seseorang ada menghantar eduit raya kepada anda, anda boleh mula memuat turun aplikasi MAE dan duit raya anda akan serta-merta diterima setelah akaun anda dibuat.

Untuk mula menghantar eduit raya, anda boleh mengakses akaun di aplikasi MAE bermula hari ini.

Muat turun aplikasi MAE di sini: iOS l Android

ShopeePay Premium

Selain transaksi menggunakan aplikasi perbankan, anda juga boleh memberi duit raya digital menerusi aplikasi dompet digital termasuk ShopeePay.

Ianya amat bersesuaian jika si penerima seorang yang gemar membeli-belah secara atas talian. Untuk menghantarkannya, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Shopee di peranti pintar anda dan seterusnya menghantar kredit ShopeePay kepada rakan dan keluarga dengan mudah melalui fungsi “Transfer”.

Kemudian, masukkan amaun yang ingin anda kirimkan dan pilih kad virtual raya yang anda gemari.


Muat turun aplikasi Shopee di sini: iOS l Android

Boost Premium

Untuk raya kali ini, Boost telah hadir dengan ciri eduit Raya. Melaluinya, anda boleh memberikan duit raya kepada 10 orang dalam satu sesi ataupun anda juga boleh kirimkan duit raya dengan nilai yang berbeza kepada kenalan anda yang mana anda hanya perlu tetapkan jumlah duit raya yang ingin diberikan dan aplikasi berkenaan akan menetapkan nilai yang akan diberikan kepada kenalan yang anda pilih. Menarik bukan?


Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menetapkan dompet anda kepada Boost Premium.

Muat turun aplikasi Boost di sini: iOS Android

Touch ‘n Go eWallet

Touch ‘n Go eWallet juga boleh membantu anda melakukan transaksi pemberian duit raya dengan mudah. Anda boleh menghantar eduit raya dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit si penerima atau menggunakan ciri pengimbasan kod QR.


Seperti aplikasi MAE, anda juga boleh mengirim ucapan raya dengan memilih senarai ucapan yang bersesuaian yang mana telah direka khas oleh dompet digital tersebut. 

Muat turun aplikasi Touch’ N Go di sini: iOS Android

GrabPay

Untuk anda yang selesa menggunakan GrabPay, nampaknya anda tidak perlu risau kerana Grab turut menawarkan peluang untuk mengirim duit raya kepada kenalan anda. 


Apa yang menarik, ia menawarkan ganjaran dalam bentuk GrabRewards Points jika anda menghantar eduit raya kepada kenalan anda. Walau bagaimanapun, untuk dompet digital ini, ia tidak menyertakan kiriman ucapan raya yang lebih menarik kepada penerima.

Muat turun aplikasi Grab di sini: iOS Android

Berikut adalah beberapa aplikasi yang boleh anda gunakan untuk menghantar duit raya dan juga kad ucapan. Selamat mencuba!

Komen