Pizza Hut kini hadir dengan menu terbaru iaitu Kari Raya Pizza bagi menyemarakkan semula keseronokan menjamu piza sambil menyambut Syawal yang bakal tiba.
Menerusi penawaran Kari Raya Pizza, ia membawakan roti yang didalamnya diisi dengan inti kuah kari dan juga begedil. Untuk bahagian toppings pula, menampilkan ayam masala, keju mozzarella, tomato dan banyak lagi.
Menambah lagi selera untuk hidangan piza kali ini adalah, ia menyediakan kuah kari pekat dan berkrim untuk pengalaman dan rasa kari yang lebih lazat.
Bagi anda yang berminat, Pizza Hut menawarkan Kari Raya Pizza pada harga bermula RM38.30 dan dapatkan potongan harga sebanyak RM7 untuk pesanan sebelum pukul 4.30 petang.
Bagi hidangan yang lebih besar, anda boleh mendapatkannya dalam pelbagai bentuk kombo pada harga serendah RM44.90. Sementara untuk Kari Raya Pizza Big Box Plus pula berharga RM85.90.
Untuk mendapatkan Kari Raya Pizza sudah mula dijual di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara.
Bagi yang berminat, ia boleh dipesan melalui laman rasmi Pizza Hut dan juga perkhidmatan penghantaran foodpanda dan GrabFood. Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan khidmat pesanan yang ditawarkan melalui WhatsApp EasyOrder di talian 016-7552525 untuk mendapatkan piza anda bermula hari ini.