Carian
Protein Tumbuhan – Apa Yang Membezakannya Dengan Protein Haiwan?
May 12, 2021 Lina Rosli

Apa itu protein tumbuhan? Secara amnya, protein ini didapati pada globulin. Ia kebanyakan diperoleh dari biji bijirin dan kekacang yang kaya dengan protein.

Protein tumbuhan juga boleh dijumpai pada beberapa sayuran lain termasuk brokoli, kangkung, asparagus dan cendawan. Sama seperti kebanyakan protein yang lain, ia mengandungi nutrien yang padat. Apa yang membezakan protein tumbuhan dan protein haiwannya hanyalah kandungan asid amino yang hadir pada sesuatu makanan yang mana kadarnya dilihat lebih tinggi pada haiwan berbanding sayuran.


Namun, untuk protein yang berasal dari kekacang dan bijirin, ia mengandungi asid amino yang penting untuk vegan. Tiga kategori asid amino yang boleh anda dapatkan adalah:

  • Lysine. Kebiasaannya, ia boleh diperoleh dari kekacang seperti kacang tanah ataupun tauhu.Bagi anda yang ingin mengamalkan diet vegan , makan pengambilan lysine amat penting untuk anda dapatkan dalam hidangan harian.
  • Tryptophan. Ia sering terkandung dalam di dalam kekacang seperti soya ataupun bijirin gandung dan juga sayuran bayam.
  • Carnitine. Ia boleh didapatkan melalui makanan seperti asparagus dan selai kacang.

Bagi orang yang mengamalkan diet vegan, pastikan anda sentiasa memantau keseimbangan makronutrien dan perlu mendapatkan makanan daripada kumpulan produk yang berlainan untuk sumber asid amino yang berbeza. 

Protein Tumbuhan Vs Protein Haiwan

Perbezaan terbesar antara kedua protein ini adalah penawaran sumber protein yang lengkap.

Protein pada kebanyakan sayuran dan tumbuhan adalah protein lengkap. Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan manusia untuk mengekalkan diet yang sihat. Oleh itu, seseorang hanya memerlukan sebilangan kecil protein haiwan untuk menyamai hidangan protein tumbuhan yang besar.

Sementara protein haiwan memiliki atribut yang lebih banyak. Namun, bahan-bahan ini tidak semuanya diperlukan oleh badan. Antara atribut yang boleh diperoleh melalui produk tenusu pula merangkumi vitamin B12, zink, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang sering berkait rapat dengan kesihatan otak.

Malahan protein haiwan biasanya mengandungi lemak tepu dan kadar kolesterol yang lebih tinggi. Makanya anda lebih perlu memastikan amalan gaya pemakanan dan pengurusan berat badan perlu dikelolakan denga lebih baik bagi menurunkan kolesterol dan tekanan darah.

Komen