Apabila mengambil gambar di dalam rumah, pastinya pencahayaan untuk sesi penggambaran bersama anda tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi jika rumah anda mempunyai kawasan yang terhad.
Oleh itu Tajria kali ni, ingin berkongsi tips kepada anda dalam mendapatkan gambar yang berkualiti untuk Syawal ini.
Melabur pada pencahayaan tambahan
Seperti yang anda ketahui, cahaya yang mencukupi amat penting untuk mendapatkan tona dan juga ketepatan warna pada hasil gambar. Oleh itu, anda disarankan untuk melabur untuk pencahayaan tambahan seperti lampu fotografi yang kecil dan mudah alih.

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kit lightbox di kedai berdekatan pada harga sekitar RM50 hingga RM99. Pencahayaan yang ditampilkan tidak seakan studio penggambaran, namun ia mencukupi untuk menambah cahaya yang jitu pada sesuatu ruangan.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan lampu tripod yang mana harganya lebih murah namun masih memadai untuk memberikan hasil cahaya yang baik.
Pilih Lokasi Bergambar Berdekatan Dengan Pintu Atau Tingkap
Bagi anda yang lebih menggemari hasil gambar yang lebih semula jadi, anda boleh memilih lokasi bergambar berdekatan dengan pencahayaan semula jadi.
Warna cahaya juga berubah pada waktu siang. Jadi, untuk hasil imeh yang lebih warm, anda boleh mengambil gambar sekitar waktu petang atau senja.
Namun, untuk pencahayaan yang lebih cool atau warna neutral, anda boleh merakam gambar pada waktu pagi sehingga ke tengahari. Gunakan tips masa ini untuk menambahkan kesan yang berbeza pada foto anda.

Gunakan Mod Pro Pada Tetapan Kamera Telefon Pintar Anda
Melaluinya, anda boleh menetapkan tetapan kamera secara manual.
Kemudiannya, letakkan Aperture pada nilai yang bersesuaian. Sebagai contoh, anda boleh memilih tetapan nombor rendah untuk apertur yang mana imej anda akan lebih jelas dan lebih tertumpu pada subjek di hadapan.
Apabila subjek anda lebih fokus, ia akan memberi kesan latar belakang yang lebih lembut dan kabur atau lebih dikenali sebagai bokeh. Ini menambahkan kesan yang indah pada potret dan gambar Syawal anda.
Pilih Latar Yang Kosong Atau Warna Putih
Bukan itu sahaja, anda juga lebih disarankan untuk memilih latar yang lebih kosong dan tidak mempunyai banyak objek dibelakang. Hal ini kerana, apabila terlalu banyak perhiasan dibelakang, ia akan berikan impak kepada hasil gambar yang mana gambar anda akan lebih serabut dan tidak kemas.
Sebaiknya, pilih latar belakang berwarna putih yang mana ia lebih senang untuk membuat suntingan selain lebih berkesan untuk menyerlahkan warna baju anda.
Sunting Gambar Menggunakan Aplikasi Suntingan Profesional
Tidak lengkap fotografi jika hanya terhenti selepas mengambil gambar sahaja. Untuk menjadikan gambar anda lebih menarik dan sesuai untuk tatapan umum, sedikit suntingan pasti akan menghasilkan impak gambar yang lebih baik dan seakan profesional.

Terdapat pelbagai alat suntingan yang boleh anda gunakan secara percuma. Dengan menggunakan aplikasi suntingan ini, ia bukan sahaja menyerlahkan gambar anda, malah ia juga sedikit sebanyak membantu anda mengasah bakat anda untuk menjadi lebih profesional bidnag fotografi.