Penjagaan kulit adalah amat penting untuk setiap individu. Hal ini kerana, kulit merupakan komponen atau anggota badan yang paling sensitif. Untuk pengetahuan anda, segala rutin atau aktiviti yang anda lakukan pada kulit akan menampilkan kesannya sama ada secara serta merta ataupun tempoh kelak.
Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan yang mana kulit anda mendapatkan yang terbaik dari segi rutin penjagaan harian dan juga tabiat pemakanan.

Apabila bercakap mengenai penjagaan kulit, kebanyakan pakar kecantikan sering mengatakan amalan Golden Rule adalah penting dalam memelihara kesihatan kulit pada muka.
Untuk pengetahuan anda, Golden Rule adalah teknik yang mana digunakan oleh kebanyakan pakar kecantikan kulit bagi mendapatkan hasil kulit yang baik. Ia adalah perkara yang patut dan tidak patut dilakukan dalam rutin harian.
Terdapat banyak mitos dan juga tabiat yang berlebihan kerap dilakukan oleh kebanyakan individu sehingga boleh mengakibatkan kerosakan kulit tanpa disedari. Oleh itu, dengan mengetahui Golden Rule, ia dapat memberi kesedaran akan kesan sesuatu produk kepada kulit.
Berikut adalah beberapa Golden Rule yang boleh anda mula praktikkan dalam rutin harian anda:
Pastikan anda menanggalkan solekan sebelum tidur
Ia bagi memastikan pori pada kulit tidak terhalang sekaligus boleh menyebabkan liang tersumbat dan menghasilkan bintik hitam. Cara paling mudah adalah dengan meletakkan sedikit minyak zaitun di atas kapas dan urut minyak ke muka dengan lembut untuk menghilangkan solekan dan kotoran.
Selepas itu, pastikan anda membasuh muka dengan pembersih muka yang bersesuai agar kotoran tersebut dapat dibilas dan dihilangkan dengan baik dan berkesan.
Elakkan penggunaan exfoliator yang berlebihan
Exfoliator ini berfungsi untuk mengelupaskan kulit anda bagi menghilangkan lapisan kulit mati. Walau bagaimanapun, jangan terlalu kerap melakukan exfoliating. Cukup sekadar seminggu hingga dua minggu seklai sahaja.
Hal ini kerana, ia akan merosakkan struktur kulit anda. Penggunaan exfoliator yang berlebihan akan menyebabkan kegatalan dan kemerahan. Oleh itu, untuk hasil yang baik, gunakan pencucian muka ringan sahaja.
Amalan pemakanan yang menawarkan antioksidan
Antioksidan yang terdapat dalam makanan dapat membantu menghilangkan kotoran dan membawakan penampilan kulit yang berseri. Ia bertindak cukup baik seakan penggunaan produk kecantikan dengan bahan seperti retinol dan vitamin C.
Dengan antioksidan juga, ia sebenarnya turut dapat memperbaiki warna kulit secara keseluruhan dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

Lindungi kulit dari sinar UV
Tidak dinafikan, matahari boleh merosakkan kulit anda. Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk anda melindungi kulit anda dari cahaya matahari dengan cara memakai topi dan pakaian pelindung.
Malah, jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari dengan perlindungan (SPF) sekurang-kurangnya 30 dalam tempoh setiap 3 jam ketika ada berada di luar.
Bukan itu sahaja, hadkan juga waktu anda di bawah sinar matahari iaitu sekitar jam 10 hingga 12 tengahari atau pukul 2 hingga 4 petang yang mana pada waktu itu panahan cahaya matahari adalah yang terkuat.
Kulit anda mencerminkan apa yang berlaku di dalam badan anda. Makan makanan yang sihat dan seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat. Malahan, jangan lupa juga untuk sentiasa bersenam bagi mengeluarkan toksin dalam badan selain membantu kulit anda mengekalkan penampilan awet muda.
Sumber: newsinhealth