Padanan kepingan keju bersama burger bukanlah sesuatu yang asing lagi. Namun, bagaimana pula dengan gabungan burger ayam yang ditambah dengan patti keju mozarella ?

Jika anda ingin mengetahui rasanya, KFC kini kembali dengan menu sehingga menjilat jari iaitu KFC Zinger Cheezilla untuk semua penggemar keju di Malaysia.


Untuk memerincikan apa yang disertakan pada Zinger Cheezilla ini adalah, kepingan ban bersama-sama kepingan ayam Zinger Hot & Spicy dan juga patti keju mozarella yang digoreng sehingga garing dan keemasan. Melengkapkan hidangan ini adalah salad segar dan juga sos Jalapeno cheese mayo.

Menarik mengenai pengenalan kembali menu ini adalah, para pencinta burger dan keju selepas ini boleh mendapatkan Zinger Cheezilla setiap hari kerana ia telahpun ditawarkan sebagai menu tetap jika anda berkunjung ke rangkaian KFC di seluruh Malaysia.


Untuk mendapatkannya, anda boleh membelinya sama ada secara À la Carte, Combo dan Box Meal dan nikmati diskaun eksklusif 10% apabila memilih KFC Delivery di aplikasi KFC Malaysia menggunakan
promo kod CHEEZILLA.


KFC juga menampilkan tawaran eksklusif melalui KFC Delivery iaitu Cheezilla Cheezy Share Box for 2 yang turut mengandungi Cereal Cheezy Fries pada harga yang berpatutan.

Bagi yang berminat, KFC Zinger Cheezilla boleh didapati pada 18 Mei di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia. Sementara untuk warga Sarawak boleh menikmati burger ini bermula 5 Jun, manakala warga Sabah pula bermula 11 Jun.

Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store

Muat turun aplikasi KFC Delivery di App Store