Zafirah Zapri Diterbitkan 18 May 2021

Fakta 1 Minit Tentang Mawar, Ratu Segala Bunga

“Cinta ini adalah mawar yang mekar selamanya.”

– Jalaluddin
Rumi


Ros atau mawar merupakan antara kuntuman bunga yang digemari ramai, malah bunga ini turut dijadikan sebagai simbol cinta.

Tahukah anda, bunga ini pernah sampai ke angkasa lepas?
Berikut fakta-fakta tentang bunga ros yang wangi:


1. Setelah menghabiskan 15 tahun dan 4.37 juta Dolar, akhirnya
penternak mawar terkenal bernama David Austin menjual bunga ros kesayangannya yang
diberi nama ‘Juliet Rose’ di Pameran Bunga Chelsea pada tahun 2006. Juliet Rose
yang turut digelar ‘Ros £3 juta’ ini dinobatkan sebagai bunga ros termahal di
dunia.

2. Minyak bunga ros sangat penting dalam industri minyak
wangi. Kira-kira 2,000 ros diperlukan untuk mengekstrak 1-gram minyak ros.

3. Napoleon pernah memberi berkarung-karung kelopak bunga mawar
kepada para pegawainya untuk didihkan bersama wain putih supaya dapat merawat
racun dan kecederaan akibat plumbum dalam peluru kesan tembakan.

4. Selama berkurun lamanya, bunga ros menjadi simbol cinta.
Selain itu, bunga ini turut dikaitkan dengan simpati dan kesedihan.

5. Bunga ros menjadi ilham kepada ramai penulis lirik kerana
terdapat lebih 4,000 lagu tentangnya.


6. Kata ahli arkeologi, bunga ros sebenarnya sudah wujud lebih
daripada 35 juta tahun setelah fosil bunga ini ditemui di Colorado.

7. Pada tahun 2002, sekuntum ros mini bernama ‘Overnight
Scentsation’ telah diterbangkan ke angkasa lepas untuk angkasawan mengkaji
tentang kesan tarikan graviti yang rendah ke atas bauan ros dan bagaimana cara
untuk menambah baik lagi haruman produk pengguna.

8. Taman ros persendirian terbesar di dunia terletak di Cavriglia,
Itali dengan kira-kira lebih 7,500 pelbagai jenis bunga mawar.

9. Bunga mawar liar boleh berbuah, rupanya seperti buah beri
dan kebanyakannya berwarna merah namun ada juga yang versi warna hitam dan ungu
gelap.

10. Buah bunga mawar ini kaya dengan vitamin C. Kegunaannya
adalah dalam pembuatan jem, jeli, ubat, makanan tambahan dan sirap.


Sumber: Flower web, interflora