Carian
Ingin Elakkan Bil Air Dan Elektrik Yang Tinggi? Ini 5 Tips Untuk Jimat
May 20, 2021 Lina Rosli

Rumah atau tempat kediaman adalah satu tempat untuk berkumpul, beristirehat, tempat makan dan juga tempat untuk membersihkan diri.

Disebabkan banyak aktiviti yang dilakukan di rumah, makanya akan banyak sumber tenaga yang akan digunakan bagi melancarkan aktiviti harian anda di rumah.

Bagi menjimatkan kos penggunaan sumber tenaga, terdapat beberapa perkara kecil yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan juga air.

Untuk pengetahuan anda, dengan menguruskan kadar penggunaan tenaga pada waktu harian bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan kos bulanan, malah penggunaan sumber tenaga yang optimum membantu memelihara alam sekitar menjadi lebih lestari.

Jadi, untuk mengelakkan bil air dan elektrik yang tinggi, Tajria hari ini ingin berkongsi tips berjimat yang boleh anda praktikkan kelak.

Periksa Peranti Usang Yang Menyebabkan Penggunaan Sumber Tenaga Yang Tinggi

Penggunaan peranti yang lama biasanya tidak hadir dengan sistem kecekapan tenaga.

Bercakap mengenai kecekapan tenaga, kebanyakan peranti lama mempunyai ruang terbuka yang akan menyebabkan haba masuk ke dalam sesebuah peranti atau perkakas.

Sebagai contoh, peti sejuk lama menggunakan motor untuk mengekalkan suhu di dalamnua yang mana menyebabkan motor bekerja lebih keras dan akhirnya menggunakan lebih banyak elektrik.

Oleh itu, guna peti sejuk yang diperakui Energy-Star yang mana peranti dengan label ini biasanya menjimatkan tenaga sekitar 9% lebih banyak daripada model lain yang tidak diperakui.


Memasang Lampu LED

Bagi anda yang mempunyai ruang atau bilik yang banyak, pastinya akan lebih banyak lampu yang akan dipasang dan digunakan.

Oleh itu, jika anda ingin ruang yang bercahaya dan dalam pada masa yang sama ingin mengurangkan kos perbelanjaan. Anda disarankan untuk memasang lampu LED yang jimat tenaga di rumah anda yang mana akan menjimatkan lebih banyak elektrik dan ia juga mesra pengguna.

Untuk pengetahuan anda, pencahayaan secara ratanya menyumbang 25% daripada kos tenaga rumah dan oleh itu, penggunaan lampu LED dapat meningkatkan penjimatan anda. Walau bagaimanapun, pemilihan lampu LED sebagai lampu utama mungkin lebih mahal dibandingkan lampu biasa tetapi ianya penting untuk penjimatan kos untuk jangka masa panjang.

Cabut Plag Elektrik Apabila Tidak Digunakan

Ubah tabiat anda yang gemar membiarkan plag elektrik sentiasa terpasang. Akibatnya, ia akan memakan sumber tenaga dan meningkatkan bil anda.

Sebagai contoh, matikan suis perkakas elektrik seperti periuk nasi, ketuhar dan  pengecas telefon bimbit apabila anda tidak menggunakannya.


Guna Semula Air

Air boleh digunakan semula. Salah satu kaedah paling mudah untuk menjimatkan air adalah dengan menggunakan semula air.

Cara yang paling mudah yang boleh kita praktikkan hari ini adalah dengan menggunakan air bilasan beras untuk menyiram pokok bunga di rumah supaya tanam-tanaman dibekalkan nutrien yang mencukupi.

Malah, air bilasan beras boleh juga digunakan untuk rambut agar ia bersinar dan urut pada kulit kepala agar ia kekal sihat.


Tempoh Penggunaan Air Yang Pendek

Bilik mandi adalah tempat di mana kita paling banyak membazir air lebih-lebih lagi apabila kita membuka air waktu mandi dan membiarkan air lalu tanpa menggunakannya.

Untuk mencegah masalah pembaziran, anda boleh memasang pemasa mandi. Alat ini menggunakan teknologi pintar untuk mengukur jumlah air yang digunakan setiap orang dan ia akan berbunyi apabila anda mengambil masa terlalu lama di bilik mandi. Peranti ini boleh dipasang dengan mudah ke paip pancuran.

Dengan menerapkan beberapa perkara di atas dalam kehidupan seharian, anda dapat menjimatkan wang dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sambil memastikan keselamatan iklim. Buatlah perubahan seperti diatas untuk mengurangkan bil utiliti tanpa menjejaskan keselesaan anda. Selamat mencuba!

Komen