Carian
5 Kebaikan Air Mawar Pada Kulit – Termasuk Hilangkan Luka Dan Parut
May 20, 2021 Lina Rosli

Bunga ros ataupun bunga mawar sangat sinonim dengan baunya yang wangi. Namun, di sebalik keharuman bunga tersebut, ia juga hadir dengan beberapa manfaat yang lain.

Antara kelebihannya termasuk mengembalikan keseimbangan pH kulit dan juga menghilangkan minyak dan kotoran pada kulit. 

Untuk pengetahuan anda, ramuan mawar telah digunakan sejak beribu tahun dahulu oleh masyarakat Iran. Ia digunakan secara tradisional dalam produk kecantikan dan produk makanan dan minuman. Ia juga dilengkapi dengan banyak manfaat kesihatan seperti:


Membantu melegakan kegatalan pada kulit

Air mawar ini hadir dengan sifat anti-radang. Oleh itu dengan penyediaan air mawar, ia dapat membantu melegakan kegatalan kulit seperti menenangkan kerengsaan ekzema dan juga rosacea.

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan baik dalam mengurangkan kemerahan kulit dan mengurangkan jerawat.

Melegakan sakit tekak

Dengan kehadiran bahan anti-radang yang berfungsi baik untuk kulit, ia juga boleh digunakan dalam menenangkan rasa sakit tekak.

Untuk pengetahuan anda, air mawar secara tradisional telah digunakan untuk menenangkan sakit tekak. Walau bagaimanapun, masih tiada kajian yang dapat membuktikan kebaikannya untuk tekak.

Membantu mencegah dan merawat jangkitan

Selain itu, air mawar turut membawakan sifat antiseptik yang dikatakan mampu mencegah dan merawat jangkitan bakteria lebih-lebih lagi luka kecil. 

Dengan menyapu air mawar kepada kawasan luka, luka bakar ataupun bekas luka, ia boleh membantu  sembuh dengan lebih cepat.

Malah, ada satu kajian mendapati bahawa ketika air mawar digunakan dalam ubat tetes mata yang boleh merawat kes konjungtivitis.


Memberikan ketenangan emosi

Air mawar boleh mempunyai sifat antidepresan. Ada kajian mengatakan bahawa ekstrak kelopak mawar dapat merehatkan sistem saraf sekaligus memberikan kestabilan emosi di samping mengawal perubahan hormon yang lebih berkesan.

Maka tidak hairanlah mengapa banyak industri yang menggunakan wangian bunga mawar ini dan mula memprosesnya menjadi air mawar dan minyak pati mawar bagi menjadikannya sebagai wangian aromaterapi.

Bagi anda yang ingin mula menyediakan air mawar, anda boleh menambah kelopak mawar ke periuk byang diisi dengan air suling yang. Kemudian, panaskannya menggunakan api sederhana rendah. Biarkan mendidih selama 20 hingga 30 minit atau sehingga warna kelopak bertukar warna merah jambu pucat.

Sumber: medicalnewstoday IPSY

Komen