Carian
Berhubung Dengan Orang Yang Tersayang Melalui 3 Ciri Baharu Ini Di Snapchat
May 21, 2021 Lina Rosli

Perkongsian pengalaman dan aktiviti kini lebih mudah dengan hadirnya telefon pintar. Ia kini sudah menjadi satu keperluan untuk semua individu yang mana ia merupakan medium yang menjadi tonggak untuk semua individu kekal berhubung.

Dengan adanya kekangan dalam komunikasi secara fizikal pada masa kini, nampaknya platform media sosial kini telahpun menjadi alternatif untuk semua individu dari seluruh dunia untuk kekal berhubung.


Bagi mendapatkan pengalaman berhubung yang maksima, nampaknya Snapchat kali ini telah memperkenalkan beberapa penawaran ciri yang baharu kepada umum. Ia bagi memastikan pengguna mereka mempunyai pengalaman yang menarik sepanjang tempoh pandemik ini.

Baru-baru ini, Snapchat mengumumkan kolaborasi dan juga penawaran produk pada aplikasi mereka. Ia termasuk pengenalan Sticker Kit, Map Layers, Camera Kit dan juga laman edagang Minis.

Sebelum mengulas lanjut mengenai penawaran ini, nampaknya melalui ciri baharu yang ditampilkan Snapchat kini hadir dengan inisiatif yang cukup menarik dalam menawarkan pengalaman serba baharu dalam komunikasi harian individu.

Stickers Kit

Jika sebelum ini penggunaan Stickers hanya terhad pada platform berkenaan sahaja, kini Snapchat mula memperkenalkan Stickers Kit yang boleh diakses oleh beberapa aplikasi permesejan yang lain.

Menerusi kerjasama dengan platform terpilih, pengguna boleh menampilkan pelekat kegemaran anda termasuk Bitmoji, Stickers dan juga GIF di Snapchat tanpa had, di pelbagai ruang bual yang lain.


Map Layers

Pada tahun 2017 yang lalu, peta Snap mula diperkenalkan. Terkini, penambahbaikan ditawarkan pada peta ini dnegan menampilkan ciri realiti terimbuh yang lebih baik selain menampilkan bangunan termasuk kedai dan kafe, universiti dan rangkaian bisnes yang lain.

Sementara untuk Map Layers pula, ia sebenarnya memfokuskan kepada penyertaan dan paparan aktiviti yang boleh anda laksanakan bersama kenalan anda bagi mencipta memori yang lebih menarik.



Malah anda juga berkongsi dan melihat semula aktiviti yang pernah dilakukan bersama kenalan anda melalui ciri Layers.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu pergi ke Memories dan pilih Layers. Ciri ini dijangka akan ditawarkan dalam masa terdekat.

Snap Minis – Kedai Jualan Atas-talian

Pada tahun lepas, Snapchat memperluaskan lagi cirinya dengan memperkenalkan satu set aplikasi ringkas iaitu Snap Minis. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat pelbagai tugas dari dalam aplikasi Snapchat itu sendiri.

Nampaknya penambahbaikan telahpun ditampilkan pada tahun ini yang mana aplikasi ini yang mana anda kini boleh berjual-beli melalui Snap Minis. Dengan kolaborasi bersama Poshmark akan hadir dengan acara membeli-belah secara masa nyata.


Atau anda juga boleh melihat acara atau konsert berdekatan melalui Ticket Masters dengan lebih mudah di kawasan berdekatan anda.

Camera Kit

Untuk penawaran Camera Kit pula, Snapchat mengatakan yang mana penggunaan imej dilihat merupakan antara medium komunikasi yang paling berkesan yang mana ia bukan sahaja melibatkan komunikasi antara manusia, malah juga bersama teknologi.

Oleh itu, dengan adanya Camera Kit ini, nampaknya pengguna boleh melakukan carian visual dengan lebih mudah dan berkesan. Cara untuk menggunakannya juga mudah, anda hanya perlu rakam gambar dan ianya akan terus lakukan carian hasil yang bersesuaian.


Bagi anda yang berminat, anda boleh mula memuat turun aplikasi Snapchat di Google Play Store dan Apps Store untuk memulakan aktiviti menarik pada hari ini.

Pastikan anda kekal bertenaga dan ceria sewaktu PKPB ini, namun dalam pada masa yang sama masih lagi mengikuti saranan daripada pihak kerajaan untuk kita bersama-sama memerangi virus Covid-19 ini. Di harap semoga anda kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh pandemik ini.

Komen