Carian
Apa Yang Snapchat Bakal Tawarkan Kepada Pemilik Perniagaan?
May 21, 2021 Lina Rosli

Snapchat nampaknya bergerak aktif dalam membantu pengguna termasuk pemilik perniagaan dan juga jenama produk dalam menawarkan pengalaman yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Oleh itu, terdapat beberapa ciri baharu yang ditawarkan oleh Snapchat termasuk:

Stories Replies Kini Menawarkan Pemberian Gifts

Sebelum ini, pengguna boleh membalas perkongsian yang dimuat-naik oleh kenalan atau selebriti yang digemari menerusi ciri Stories Replies.

Untuk kemaskini kali ini, Snapchat telah menampilkan satu lagi perkara menarik yang mana pengguna boleh memberikan hadiah kepada akaun pencipta yang diminati menerusi ciri Gifts. Melaluinya, anda hanya perlu menekan balas dan pilih Gifts untuk mula memberi. 


Penggunaan Voice-Command  Pada AR Try-Ons

Melalui ciri arahan suara ini, anda tidak lagi perlu menekan skrin untuk mengubah dan mencuba produk yang diinginkan.


Apa yang boleh anda lakukan adalah hanya menyatakan pilihan dan spesifikasi produk yang anda inginkan, dan AR Lens anda akan menampilkan hasil carian yang bertepatan dengan arahan yang diberikan.

Penawaran Teknologi Saiz Betul Untuk Produk

Bukan itu sahaja, dengan penambahbaikan yang ditampilkan pada Lens, Snapchat AR Try-Ons kini berupaya untuk menawarkan kepada anda pengalaman mencuba pakaian terus pada tubuh dengan lebih jitu dan tepat.


Malah, ia juga membolehkan anda mencuba produk seperti jam tangan seakan pengalaman bukan maya dengan memutarkan pergelangan tangan anda untuk mengetahui rupa keseluruhan jam tangan tersebut.

Malah, ia juga menjadikan pengalaman membeli belah anda lebih mudah walaupun dilaksanakan secara atas-talian.

Profil Perniagaan Untuk Jenama Produk

Seterusnya, para pemilik perniagaan boleh mengurus akaun perniagaan dengan lebih efektif dan efisien. Malah, ia juga membantu menggunakan melakukan carian produk yang diinginkan dengan lebih mudah.


Menerusi profil ini juga, pemilik perniagaan boleh meletakkan pautan untuk produk yang ditampilkan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan akses terus untuk produk yang diminati.

Akses Terus Kepada Pencipta Lens

Snapchat turut melancarkan Creators Marketplace yang mana membenarkan individu dan juga pencipta Lens dalam melakukan kolaborasi untuk pembikinan lensa. Nampaknya, ia membuka ruang untuk kedua-dua pihak dalam berhubung sama ada untuk kolaborasi mencipta lensa ataupun kandungan lain yang berkaitan.


Bagi anda yang berminat untuk merasakan pengalaman AR Lens yang menarik, anda boleh memuat turun aplikasi Snapchat di Google Play Store dan Apps Store bermula hari ini.

Komen