ASICS kini memperkenalkan rekaan kasut terbaru dengan kolaborasi bersama Above The Clouds.

Ia merupakan projek kedua selepas SKYCOURT JAPAN, yang mana ASICS kembali dengan kasut rekaan premium yang dinamakan SKYCOURT Australia yang menampilkan rekaan seakan sama namun dengan penawaran warna luaran yang berbeza.


Menerusi rekaan ini, ia menampilkan kasut dengan pilihan palet warna yang lembut. Dari segi bahan yang digunakan pula, ia membawakan gabungan kulit lembut, suede, perincian mesh pada bahagian atas kasut dan juga getah busa yang selesa dan ringan.



Malah, ia turut menampilkan reka bentuk midsole yang diperbaharui dengan penampilan corak yang lebih estetika dan minimalis sesuai untuk anda yang menggemari reka bentuk yang abadi.

Menurut ASICS, ia merupakan kolaborasi pertama yang diilhamkan menerusi pemainan atas gelanggan Skuasy. Bagi yang berminat, kasut SKYCOURT x Above The Clouds ini sudah mula dilancarkan di Malaysia dan boleh didapatkan menerusi kedai atas-talian ASICS.com dan ASICS Pavilion KL pada harga RM429.00 sepasang.