Carian
Alami Kulit Kusam? Jom Cuba Laneige Radian-C Cream Untuk Merawatnya
May 24, 2021 Lina Rosli

Pendedahan kulit yang berterusan terhadap pencemaran udara, sinar UV dan cahaya biru boleh merosakkan dan menjadikkan kulit anda tidak sihat dan kusam.

Bukan itu sahaja, kulit muka yang terus-menerus terdedah kepada faktor-faktor yang merosakkan ini boleh menyebabkan bintik-bintik gelap muncul di permukaan kulit selain mewujudkan warna kulit yang tidak sekata. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan kusam, tidak bersemangat dan ditaburkan dengan hiperpigmentasi. 


Oleh itu, bagi mendapatkan kulit yang cerah dan bersinar, Laneige hadir dengan penyelesaian terbaik di bawah produk Laneige Radian-C Cream.

Ia merupakan pelembap semua dalam satu yang menggunakan ramuan sumber vitamin C untuk meringankan bintik-bintik gelap sebelum muncul dan menampilkan agen anti-oksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Dengan vitamin C sebagai inti formulasinya, Laneige Radian-C Cream memberikan sifat pelembap yang kuat dalam tekstur yang ringan dan selesa, mengekalkan kehidratan dalam kulit serta melegakan kerengsaan.


Ia juga mengandungi ramuan pencerahan yang dipatenkan oleh Amorepacific, Melasolv yang berkesan mencerahkan bintik-bintik gelap, serta vitamin E untuk meningkatkan pertumbuhan semula kulit. 

Bukan itu sahaja, produk ini telah diuji secara dermatologi, hypoallergenic dan non-comedogenic, yang membolehkan kebanyakan jenis kulit mendapat manfaat dari kesannya yang kuat sekaligus menghasilkan kulit yang cerah.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh mula membeli krim ini pada harga RM130 untuk botol 30ml dan RM210 untuk botol 50ml. Jangan lupa untuk dapatkannya di butik Laneige atau kedai atas-talian rasmi Laneige, Lazada, Shopee, Zalora, dan Hermo. 

Komen