Spijkenisse, sebuah pekan kecil di Belanda mempunyai tujuh
buah jambatan pelbagai warna yang sebelum ini hanya wujud di atas wang kertas euro.


Pada tahun 2002, Bank Pusat Eropah telah memperkenalkan duit
syiling dan wang kertas Euro sebagai simbol penyatuan negara-negara Kesatuan
Eropah.

Wang kertas euro ketika itu terdiri daripada nilai €5, €10,
€20, €50, €100, €200 dan €500.

Seorang pereka warga Austria, Robert Kalina terpilih untuk
mengilustrasi tujuh wang kertas tersebut. Lazimnya wajah tokoh terkenal dan
monumen penting tercetak di atas wang kertas sebagai identiti asal usul
sesebuah negara, namun berbeza bagi wang kertas euro ini.

Kalina telah menerapkan tema seni bina Eropah dari pelbagai
era seperti Renaissance, serta bercirikan Gothic dan Moden.

Selain itu, beliau turut mereka tujuh jambatan untuk not
euro ini. Model reka bentuk bangunannya hanya wujud dalam imaginasi dan ilustrasi,
tidak mewakili mana-mana monumen dalam dunia sebenar.


Pada tahun 2011, artis Robin Stam ditugaskan untuk membawa
jambatan fiksyen dalam wang kertas itu ke dunia nyata di Belanda setelah
mendapat ‘lampu hijau’ daripada Bank Pusat Eropah.

Setiap tujuh jambatan itu dibina dan dicat sebiji mengikut
warna-warna not wang kertas euro. Kini, jambatan itu menjadi lokasi menarik
untuk tangkap foto jambatan sebenar versus jambatan dalam duit.


Sumber: Atlas Obscura,
Fast
Company