Carian
Tangan Berpeluh – Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hiperhidrosis?
May 25, 2021 Lina Rosli

Kebiasaannya, keadaan berpeluh berlaku apabila suhu persekitaran meningkat, kelenjar peluh anda akan muncul yang akan menghasilkan peluh.

Berpeluh cara semula jadinya akan membuat tubuh anda untuk tetap sejuk. Sebilangan peluh menguap dari kulit anda, mengambil panas dengannya. Selebihnya mengalir ke muka dan badan anda.


Namun, ada keadaannya yang mana segelintir individu mengalami keadaan peluh yang berlebihan yang disebut hiperhidrosis. Ia berlaku apabila peluh dikeluarkan di luar keperluan fisiologi badan.

Secara umumnya, tempat paling kerap berlakunya hiperhidrosis adalah tapak tangan yang disebut hiperhidrosis palmar. Namun, ada juga tempat lain yang sering mengalami hiperhidrosis seperti kaki dan ketiak.

Jenis Hiperhidrosis

Terdapat dua jenis hiperhidrosis iaitu:

  1. Hiperhidrosis primer. Jenis hiperhidrosis ini tidak disebabkan oleh keadaan perubatan dan biasanya muncul di satu atau lebih kawasan badan, biasanya ketiak, tangan, kaki, atau dahi. Namun, ada juga keadaan yang berlaku pada kedua-dua belah badan.
  2. Hiperhidrosis sekunder. Jenis ini pula berlaku kerana latar belakang keadaan perubatan. Gejala yang dapat dilihat ialah seluruh badan berpeluh berlebihan dan berpeluh ketika tidur yang juga biasa berlaku untuk individu dewasa.

Isu hiperhidrosis ini mungkin berlaku disebabkan faktor keturunan, yang bermula di zaman kanak-kanak atau remaja dan mungkin berterusan selama beberapa tahun. Walaupun ia tidak dikaitkan dengan kematian, ia boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup pesakit yang mengalaminya.


Faktor Yang Menyebabkan Badan Anda Berpeluh Berlebihan

Hyperhidrosis biasanya bermula pada umur sekitar baligh iaitu pada awal umur awal kanak-kanak ataupun sekitar usia remaja. Namun, ada juga keadaan yang mana hiperhidrosis bermula selepas usia 50 tahun.

Sekiranya seseorang menghidap hiperhidrosis, beberapa perkara boleh menyebabkan mereka berpeluh seperti:

  • Kesan pengambilan ubat
  • Ketidaktentuan hormon
  • Makanan pedas
  • Tekanan
  • Penyakit lain seperti diabetes, tumor, obesiti dan hipertiroidisma

Bagaimana Untuk Mengurangkan Masalah Berpeluh Secara Berlebihan?

Untuk langkah pendekatan awal, anda mungkin boleh bermula dengan cara yang mudah seperti:

  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat
  • Memakai bedak selepas mandi
  • Memakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan perlu ditukar setiap hari
  • Mendedahkan bahagian kaki sekerap yang mungkin untuk pengudaraan

Sekiranya tangan berpeluh dan tidak memerlukan lawatan ke doktor, beberapa cara dan rawatan di rumah dapat mengurangkan peluh secara signifikan.

Antaranya adalah menggunakan produk antiperspirant. Ia biasanya dikaitkan dengan peluh ketiak, tetapi ini juga berkesan untuk menghentikan keringat di bahagian tubuh yang berbeza, termasuk tangan.

Sekiranya anda mempunyai masalah hiperhidrosis, sapukan antiperspirant ini ke tangan anda bagi mengurangkan kelembapan. Untuk pengetahuan anda, antiperspirant berfungsi paling baik apabila anda menggunakannya pada waktu malam kerana ia memberi lebih banyak masa untuk tangan anda menyerapnya


Anda juga boleh menggunakan soda penaik. Bagaimana ia berfungsi? Disebabkan soda penaik bersifat alkali, ia dapat mengurangkan peluh dan membuat peluh menguap dengan cepat.

Campurkan beberapa sudu teh soda penaik dengan air untuk membuat campuran pekat. Gosokkan campuran tersebut ke atas tangan anda sekitar lima minit dan kemudian basuh tangan anda.

Anda juga boleh mendapatkan rawatan daripada pakar sekiranya kesemua cara ini tidak berhasil.

Sumber: MyHealth KidsHealth Medical News Today

Komen