Apabila anda tidak melembutkan dan memasak pasta dengan betul, ia sudah tentu akan merosakkan keadaan pasta.
Hal ini kerana, memasak pasta dengan sempurna atau ‘al dente’ membolehkan anda mendapatkan kebaikan sepenuhnya dari pasta seperti meningkatkan rasa kenyang, melambatkan rasa lapar dan memberi tenaga kepada otot yang bekerja lama selepas makan.

Bagi kebanyakan individu, terdapat beberapa kaedah memasak pasta yang sering anda lakukan yang boleh merosakkan rasa pasta tersebut. Antaranya:
Menambah Minyak Zaitun
Minyak zaitun dikatakan dapat mengelakkan periuk mendidih dan mengelakkan pasta melekat bersama. Apabila minyak yang terlekat pada pasta, ia akan menyebabkan sos menjadi tidak melekat pada pasta.
Oleh kerana minyak kurang padat daripada air dan terdiri daripada molekul hidrofobik, ia menghasilkan lapisan di bahagian atas air. Semasa pasta dikeringkan, ia dicurahkan melalui lapisan minyak ini dan meninggalkan lapisan minyak segar pada pasta.
Kesimpulannya, adalah lebih baik jika anda menunggu air sehingga mendidih sebelum mula memasukkan pasta ke dalam. Suhu air yang panas boleh mengelakkan pasta daripada lembik. Seterusnya, pastikan anda setiasa mengacau pasta di dalam periuk supaya ia tidak melekat.
Tidak Meletakkan Garam Di Dalam Air
Dengan menambahkan garam ke dalam air anda, ia akan memberikan rasa yang lebih menyeluruh kepada pasta. Ada juga yang mengatakan, dengan meletakkan garam, ia membolehkan air mendidih lagi mudah dan pantas.
Berapa banyak garam yang perlu anda letak? Jawapannya, tambahkan sekitar 1 atau 2 sudu garam untuk 1 liter air. Namun, ia juga bergantung pada jenis garam yang anda pilih.
Mematahkan Pasta Sebelum Masuk Ke Dalam Periuk
Sebab mengapa anda tidak boleh mematahkan pasta adalah, ia sepatutnya dililitkan pada garpu anda.
Tidak dinafikan, dengan mematahkan pasta membolehkannya masuk ke dalam periuk dengan lebih mudah. Namun, ia sebenarnya akan merosakkan tekstur dan fungsi mi.

Daripada mematahkan pasta anda, letakkan saja ke dalam periuk anda dan tunggu sehingga hujungnya melembutkan sebelum memasukkan baki ke dalam air.
Memasak Pasta Sama Seperti Mi Gandum, Mi Beras
Salah satu kesalahan pasta yang paling teruk yang anda lakukan adalah memperlakukannya secara sama rata. Tahukah anda, terdapat perbezaan untuk mi gandum, mi gelas atau mi yang lain yang mana masing-masing dimasak secara berbeza.
Mi gandum seperti udon biasanya teksturnya kenyal dan tahan panas. Sementara mi beras pula cenderung menjadi lembek jika tidak diawasi dengan teliti semasa memasak.
Oleh itu, cara memasak pasta juga tidak sama dan memerlukan anda untuk memasak dan melembutkannya dalam air yang panas.
Bilas Pasta Selepas Memasaknya Di Dalam Air
Sekiranya anda menggunakan pasta berasaskan gandum, membilasnya setelah dimasak adalah satu perkara yang salah.
Pertama, anda kehilangan air pasta yang penting untuk dimasukkan ke dalam pinggan untuk mengikat sos pasta. Kedua, anda secara tidak sengaja akan menyebabkan pasta melekit dan melekat.
Jadi apa yang perlu anda buat, gunakan sepasang tong untuk mengangkat pasta anda dari airnya dan ke dalam mangkuk sos anda. Dengan cara ini, anda akan mempunyai pasta yang dimasak dan dilapisi dengan baik.