Untuk mengekalkan tona kulit yang sekata, anda perlu membina rutin penjagaan kulit yang memfokuskan pada menghaluskan tekstur kulit anda serta merawat dan mencegah hiperpigmentasi atau turut dikenali sebagai bintik gelap.
Berikut adalah lima petua yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki tekstur dan warna kulit anda dengan berkesan:
Memakai exofoliate seminggu sekali
Lapisan atas kulit anda kebanyakan terdiri dari sel-sel kulit mati. Oleh itu, gel pengelupasan atau exfoliator dapat membantu mempercepat proses membuang sel-sel kulit mati itu sekaligus dapat menampakkan kulit yang lebih cerah dan halus di bawahnya.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu menguraikan pori-pori anda dengan menyerap sebum, kotoran dan kekotoran lain yang boleh menyebabkan kulit anda tersumbat.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, pakar dermatologi mengesyorkan menggunakan gel pengelupasan wajah yang mempunyai asid salisilat di dalamnya. Ia adalah asid hidroksi beta yang digunakan dalam banyak pengelupasan kimia. Ia berkesan menghilangkan sel-sel kulit dan serpihan mati dan sangat bagus untuk merawat jerawat.
Penggunaan retinol dalam rutin penjagaan kulit malam
Retinol hadir dengan kebaikan vitamin A yang berfungsi mengatasi hiperpigmentasi dengan dua cara.
Pertama, ia akan memudarkan bintik-bintik gelap dan mengekang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik-bintik gelap.
Kedua, ia juga melambatkan pemecahan kolagen sekaligus mendorong pergantian sel kulit yang cepat. Oleh sebab retinoid mudah terurai di bawah sinar matahari, lebih baik menggunakan produk retinol pada waktu malam. Bagi anda yang hamil, anda juga disarankan untuk mengelakkan penggunaan retinol ketika dalam tempoh tersebut.
Memakai glikolik
Asid glikolat adalah asid hidroksi alfa (AHA) yang meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu memecahkan protein yang bertindak sebagai ‘lem’ yang mengikat sel-sel kulit mati bersama. Produk dengan bahan AHA berfungsi baik dalam merawat jerawat, memudarkan bintik-bintik gelap, parut dan juga garis halus awal.
Menggunakan serum dengan bahan Vitamin C
Vitamin C adalah agen antioksidan yang membantu merawat kerosakan akibat sinar matahari dan kotoran dari persekitaran pada kulit.
Malah ia juga berfungsi dalam meneutralkan radikal bebas selain menghalang enzim (tirosinase) yang digunakan dalam penghasilan pigmentasi atau melanin yang boleh menjadikan kulit lebih gelap.
Menurut Jabatan Dermatologi di University of Minnesota, anda disarankan untuk memakai serum vitamin C pada waktu siang atau setiap kali anda keluar dari rumah.

Pakai pelindung matahari setiap hari
Apa yang paling penting adalah anda perlu memakai pelindung matahari setiap hari.
Seperti yang anda ketahui, apabila sel-sel yang membuat bintik-bintik gelap diaktifkan oleh cahaya matahari, ia akan menjadi sukar untuk mengembalikan semua warna kulit asal.
Bukan itu sahaja, anda juga disyorkan untuk menggunakan produk dengan bahan yang membantu melembapkan kulit anda dan menawarkan perlindungan spektrum luas pada masa yang sama.