Tidak dinafikan, ia adalah sangat penting untuk anda memilih sandal yang berkualiti dan bergaya untuk kegunaan harian anda. Hal ini kerana, anda akan menggunakannya di kaki untuk jangka masa yang panjang sekaligus dapat mengurangkan rasa sakit sewaktu memakainya.
Namun, mencari sandal yang sesuai adalah agak mencabar kerana adakalanya sandal tersebut cantik tetapi tidak lembut apabila dipakai. Ataupun, sandal kelihatan tidak menarik namun apabila memakainya kaki anda terasa lebih selesa.
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda beberapa tips pemilihan sandal yang bersesuaian dan sempurna untuk kegunaan harian anda.
Cuba sandal dengan kedua-dua belah kaki
Percaya atau tidak, banyak orang mempunyai sebelah kaki sedikit lebih besar daripada yang lain. Oleh itu, anda harus mencuba beberapa pasang dengan ukuran yang berbeza dan menetap di atas kedua kaki yang selesa.
Periksa bahagian jari kaki dan tumit
Sewaktu memakai kasut, anda pastinya amat mementing keselesaan di bahagian jari kaki dan tumit.
Jadi untuk memilih kasut yang selesa, periksa bentuk kasut anda pada bahagian tumit yang mana jika anda memasukkan kaki, ia tidak terasa keras ataupun sukar untuk dilenturkan.
Selain itu, anda harus memilih ukuran kasut baru anda berdasarkan ukuran kaki anda yang lebih besar sedikit supaya apabila anda memakai stokin, ia tidak begitu ketat atau menjadi tidak selesa.
Pastikan tapak sandal bersifat fleksibel
Ambil kasut dan letak di atas satu tangan anda. Kemudian, cuba bengkokkan untuk melihat kelenturan pada bahagian jari kaki.
Hal ini kerana, tapak yang tidak lentur akan menghalang sendi kaki daripada bergerak seperti biasa. Ini boleh mengakibatkan gangguan pada otot dan mengakibatkan keletihan yang cepat sekaligus tubuh anda akan menggunakan tenaga dengan lebih banyak.
Sentiasa periksa kasut baru dengan tangan pada bahagian dalam
Permukaan dalaman mestilah lembut dan seharusnya tidak mempunyai jahitan dalaman yang kasar. Insole harus lentur dan mudah ditanggalkan.
Malah, anda juga disarankan untuk mencari sandal dengan bahagian tali boleh laras seperti gesper atau Velcro. Ini bagi menjamin kaki anda tidak terkeluar atau menjadikan kasut mudah tercabut.
Periksa lebar dan kedalaman kasut
Bahagian jari hadapan adalah bahagian paling lebar yang mana perlu mempunyai ruang yang mencukupi untuk memegang kaki anda.
Sekiranya ruang untuk kaki terlalu kecil, ia akan menyebabkan kaki anda melecet dan luka jika dipakai untuk waktu yang lama.
Satu lagi tips adalah, pastikan anda sentiasa berdiri dan berjalan-jalan sambil memakai kasut tersebut untuk melihat tahap keselesaan serta tumit anda tidak mudah tergelincir atau meluncur semasa berjalan.
Berikut adalah beberapa tips pemilihan sandal yang boleh anda ikuti. Ini bagi mengelakkan kaki dan otot anda menjadi sakit akibat pemakaian sandal yang salah.