Bersempena dengan pembukaan untuk slot mendapatkan vaksin AstraZeneca baru-baru ini, terdapat beberapa jenama yang bersama-sama merancakkan penglibatan orang ramai dalam mendapatkan vaksin.

Tidak kira sama ada anda penerima vaksin AstraZeneca, Pfizer atau vaksin yang lain, anda boleh menebus beberapa tawaran menarik seperti diskaun dan hadiah percuma dengan hanya menunjukkan bukti anda sudah divaksin.

Berikut adalah beberapa tawaran menarik yang boleh anda dapatkan:

Llaollao

Bagi anda yang telah selesai vaksin, jangan lupa untuk dapatkan diskaun 15% untuk pembelian anda di llaollao.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya mempamerkan tab vaksin anda di aplikasi MySejahtera.

Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2021 dengan pembelian di kedai fizikal sahaja. 



Kedai Fixi

Bukan itu sahaja, anda juga boleh singgah ke kedai buku Fixi untuk tebus #CucukBersamaFixi dan beli beberapa buah buku di Kedai Fixi pada harga RM50 untuk 3 buku.

Anda hanya perlu pamerkan kad vaksin anda dan mula tebus hari ini.


Jibril

Seterusnya, anda juga boleh menebus Butter Chicken di Restoran Jibril secara percuma.

Penebusan ini tertakluk untuk pembelian secara bungkus dan hanya boleh ditebus satu untuk seorang.

Anda hanya perlu menunjukkan aplikasi MySejahtera ataupun kad vaksin anda sewaktu sesi penebusan.


The Brew Crew

Untuk peminat kopi juga, anda boleh mendapatkan kopi kegemaran anda di The Brew Crew dengan diskaun sebanyak 50% untuk satu minuman.


Soyya

Nikmati juga minuman susu soya segar percuma satu setiap orang yang telah divaksin.

Tawaran ini hanya sah dalam tempoh 10 hari dari hari vaksinasi anda dan hanya tertakluk untuk pembelian bungkus dan bawa pulang sahaja.


Churitto’s

Tebus satu gelas Mojito dan juga Taco selepas selesai vaksinasi di Churitto. Hanya tampilkan tab aplikasi MySejahtera sebagai bukti anda telah mendapatkan vaksin anda.

Promosi ini hanya untuk satu penebusan tunggal dan perlu dilakukan di kedai Churitto di PUBLIKA dan SS15.



Bean Jr

Bermula 1 Jun 2021, anda boleh menebus Tau Fu Fah secara percuma bagi anda yang telah divaksin untuk dinikmati di rumah.

Setakat ini, ia bukan tawaran untuk tempoh masa terhad dan ia hanya sah untuk pembelian dibawa pulang dalam tempoh PKP ini.


Bo The Avocado

Dapatkan minuman smoothie avocado secara percuma di Bo The Avocado di TTDI dan Wisma Central.

Bagi anda yang telah divaksin, anda boleh menikmati satu smoothie pilihan dan tawaran ini terhad sehingga 30 September 2021. 


1 Utama

Sehingga 7 Jun 2021, anda juga boleh mendapatkan kad ahli OneCard percuma untuk menikmati lebih banyak tawaran menarik di 1 Utama.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mempamerkan kad pendaftaran vaksinasi anda di aplikasi MySejahtera anda dan pergi ke bahagian concierge dan pusat khidmat pelanggan di 1 Utama.


Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus selapas anda menerima suntikan vaksinasi anda.

Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!