Bagi anda yang mungkin sedang mencari produk yang bersesuaian untuk solekan harian anda, Natasha Denonoa baru-baru ini telah hadir dengan tiga produk terbaru, iaitu Natasha Denona Bronze Palette, Face Glow Cream Shimmer, I Need A Nude Lipstick dan juga I Need A Nude Lip Crayon Pencil.
Untuk palet bronzer mereka, ia menampilkan pelbagai warna yang boleh dicampur bagi mendapatkan hasil warna maksimum. Ia juga sesuai digunakan sebagai pembayang mata yang mana ia hadir dengan formulasi butter yang sangat lembut untuk setiap warna bagi memastikan tekstur tahan lama dan mudah dicampurkan dengan hanya satu sapuan.
Di setiap palet, warnanya disusun sehingga mudah bagi anda untuk memvisualisasikan penampilan yang menarik menggunakan pelbagai warna. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM289.

Sementara untuk krim penyerlah muka pula, ia hadir dengan ekstrak lychee dalam formulasinya. Face Glow Cream Shimmer sangan sesuai dan mudah dipakai di kulit yang mampu menjadikan muka anda terhidrat dan berseri sepanjang hari. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM166 sebatang.

Bagi bahagian bibir, Natasha Denona membawakan 18 warna gincu untuk dipilih. Setiap warna ditawarkan bagi disesuaikan dengan setiap warna kulit, dari warna cerah hingga mendalam dengan warna yang berbeza.
Natasha Denona I Need A Nude Lipstick diformulasikan dengan ekstrak mentega yang lembut jika dipakai di bibir sekaligus memberikan keselesaaan dan bibir akan kekal hidrat sepanjang hari.
Manakala, untuk ekspresi bibir yang lebih menawan, I Need A Nude Lip Crayon pula merupakan lipstik yang disediakan dalam bekas pembungkusan pensil yang mudah untuk aplikasi peluncuran slip-on. Ia menghasilkan warna matte maksimum pada bibir selain hadir dalam formula kalis air dan tidak melekit jika dipakai untuk tempoh yang lama.

Bagi yang berminat, ia boleh didapati secara eksklusif di kedai atas-talian Sephora dan juga rangkaian fizikal Sephora di Farenheit 88, KLCC dan 1 Utama bermula hari ini.