Selain daripada menawarkan pembelian barangan runcit dan juga barang keperluan harian, nampaknya 7-Eleven kini telah memperluaskan penawarannya dengan membawakan kepada pelanggan produk-produk makanan basah seperti ikan, ayam, udang dan banyak lagi.


Berikut adalah beberapa senarai barangan basah yang boleh anda dapatkan:




Buat masa ini, penawaran ini hanya terhad untuk rangkaian 7-Eleven di sekitar Lembah Klang sahaja. Tiada butiran lanjut sama ada ianya akan diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula membeli barangan basah pilihan anda menerusi pembelian di kedai fizikal berdekatan atau anda boleh menempah menerusi aplikasi My7E dan terimanya terus di pintu rumah anda.

Bukan itu sahaja, untuk pembelian secara atas talian, anda boleh memperolehi ganjaran RM3 untuk transaksi pertama. Jadi, jangan ketinggalan dalam menikmati tawaran menarik di 7-Eleven.

Untuk mengetahui menu lain yang ditawarkan, layari laman Facebook 7-Eleven Malaysia hari ini.