Carian
McDonald’s Bawakan Menu Baru – Burger Rio, Sandwic Omelet Serta Pai Dan McFlurry Baharu
May 31, 2021 Lina Rosli

Selepas penawaran menu spesial untuk seleksi McNugget, nampaknya McDonald’s masih lagi aktif dalam memperkenalkan penawaran menu baharu kepada para pelanggan mereka.

Terkini, McDonald’s hadir dengan penampilan burger baharu iaitu Rio Burger dalam dua pilihan sama ada patti ayam ataupun daging. Ia juga hadir dengan sos istimewa iaitu sos Rio, salad campur dan juga ban roti dengan bijan hitam dan putih di atasnya.

Untuk menu kali ini juga, anda boleh memadankannya dengan set minuman Coke McFloat untuk rasa yang lebih memikat di kala cuaca panas.

Bagi yang berminat, nikmati Rio Burger pada harga bermula RM17.99 untuk set medium yang membawakan pilihankepingan patti ayam atau patti daging ataupun RM19.99 untuk set besar.


Bahkan, anda juga boleh mendapatkan set burger dengan penawaran patti berganda sama ada dua atau tiga pada harga bermula RM22.00.

Bersama-sama dengan burger ini juga, McDonald’s turut membawakan kepada anda pai perisa Blackcurrant dengan krim keju yang berharga RM5.19 dan juga McFlurry Strawberry Choco Brownie pada harga RM7.08.


Bukan itu sahaja, untuk menu sarapan pula, McDonald’s memperkenalkan dua menu baharu iaitu Omelette Cheese Sandwich atau Sausage & Omelette Cheese Sandwich.

Khusus untuk peminat menu sarapan pagi McDonald’s, menu kali ini menampilkan telur dadar empuk yang ditaburkan dengan daun bawang dan cili. Anda juga boleh menambah keenakan rasa dengan memilih set dengan keju dan hidangkannya bersama secawan kopi Amerikano.


Jadi, jangan lepaskan peluang dan mula membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway pada hari ini!

Komen