Carian
Asal Usul Bekas Telur Separuh Masak – Siapakah Pengasas Idea Ini?
June 1, 2021 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, hidangan telur rebus pertama kali dijumpai pada zaman Rom Purba yang mana masyarakat pada zaman itu menggunakan kaedah memasaknya di dalam air panas dan kemudiannya mencucuk lubang pada telur sebelum mendidih.

Namun, selepas beberapa abad ditinggalkan, penawaran telur rebus ini sekali lagi muncul dalam sejarah iaitu pada Abad Pertengahan di Perancis. Ia menjadi makanan yang disajikan sewaktu sarapan. Hal ini kerana, telur adalah hidangan yang mudah dicerna selain enak untuk dihidangkan kepada semua lapisan umur.

Maka tidak hairanlah mengapa telur sehingga kini masih menjadi pilihan kebanyakan masyarakat dalam menyediakannya sewaktu tempoh makan.


Bagaimana Telur Separuh Masak Mula Diperkenalkan?

Bercerita tentang pilihan hidangan telur di Malaysia, ia tidak tertakluk pada penawaran sewaktu sarapan sahaja. Ia boleh dikatakan disediakan hampir di setiap kali waktu makan dengan cara penyediaan yang berbagai.

Antara menu telur yang kerap menjadi pilihan ramai termasuklah telur dadar, telur mata kerbau, telur hancur dan juga telur separuh masak.

Mengupas sedikit tentang keunikan telur separuh masak, jika mengunjungi kedai kopitiam, hidangan telur separuh masak adalah antara pilihan yang paling popular dalam kalangan kebanyakan pengunjung.


Dengan kehadiran tekturnya yang lembut, rasanya yang lengkap lemak dan manisnya, sudah tentu orang ramai tidak ingin terlepas memesannya untuk setiap kali berkunjung ke kopitiam.

Namun, tahukah anda bagaimana hidangan telur separuh masak ini mula diperkenalkan?

Ia bermula pada sekitar tahun 1973 yang mana ia dicipta oleh Datuk Hew Ah Kow merupakan seorang pengendali jentolak di hutan Kelantan.

Pada setiap hari, Datuk Hew Ah Kow dan juga pekerja yang lain akan memulakan hari mereka dengan memakan telur separuh masak. Namun, apabila beliau memasukkan telur di dalam air panas, telur tersebut selalu menjadi terlalu masak.

Ia disebabkan waktu telur dibiarkan di dalam air panas adalah terlalu lama. Maka, apa yang cuba beliau berekperimen dengan menggunakan tin Ovaltine, beliau menebuk lubang dengan paku dan kemudiannya isi telur dan air panas di dalamnya.

Penghasilan Bekas Pembuat Telur Separuh Masak

Hampir setahun juga sebelum beliau melalukan berbagai-bagai ujian untuk mengetahui paras air atau nisbah yang sebetulnya. Hal ini kerana, ideanya asal Datu hew Ah Kow adalah untuk membiarkan air panas tersebut keluar sebelum telur menjadi masak sepenuhnya.

Selepas kejayaan mendapatkan nisbah yang tepat, seorang stokis yang menjual barangan secara langsung datang menemui Datuk Hew Ah Kow. Semasa sarapan, stokis tersebut mencuba telur separuh masak yang disediakan beliau dan menyatakan bahawa hidangan telur itu adalah yang paling sempurna yang pernah dia rasa.

Akhirnya, stokis tersebut membeli prototaip yang dicipta Datuk Hew Ah Kow pada harga RM7000 dan membawanya ke pengeluar plastik, menghasilkannya secara besar-besaran dibawah jenama Newton Egg Maker.


Menarik bukan? Idea bekas pembuat telur separuh masak ini adalah sesuatu inovasi yang sangat bergunasehingga ke hari ini. Bagi mendapatkan telur yang anda inginkan adalah bergantung pada masa dan bergantung pada pilihan peribadi anda.

Untuk anda sendiri, adakah anda suka telur yang cair dan berair, keras ataupun di antara keduanya?

Sumber: TheStar SAYS

Komen