Carian
Inisiatif DOC2US, FoodPanda Dan Lalamove Menghantar Keperluan Ubat-Ubatan Ke Rumah Dalam Masa 2 Jam
June 1, 2021 Lina Rosli

DOC2US  telahpun melancarkan perkhidmatan efarmasi di sekitar kawasan Lembah Klang bagi memudahkan akses
orang ramai bagi mendapatkan keperluan perubatan dari pada pakar kesihatan.

Dengan berkolaborasi bersama foodpanda menerusi servis penghantara pandago dan Lalamove, mereka mengatakan yang mana orang ramai boleh mendapatkan bekalan perubatan terus ke rumah dalam tempoh masa dua jam.


Menurut DOC2US juga, mereka hadir dengan kaedah menerusi Facebook Messenger yang telah disesuaikan dengan sistem dalam mereka. Dengan ini, mereka dapat memberikan
konsultasi secara atas-talian talian untuk penyakit ringan seperti selsema, batuk, jangkitan salur
pernafasan atas, jangkitan telinga, asma, ruam kulit, masalah epreskripsi dan penghantaran
ubat yang diperlukan dari rumah ke rumah.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan efarmasi ini membenarkan pengguna berhubung dengan barisan doktor dari
DOC2US secara digital. Anda juga boleh mendapatkan epreskripsi dari Alpro Pharmacy untuk sebarang rujukan lanjut.


Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh mengakses DOC2US ePharmacy melalui laman Facebook rasmi DOC2US, laman web DOC2US ataupun menerusi talian hotline 019 702 1932.

Komen