Apabila air masuk ke dalam telinga, ianya akan memberikan ketidakselesaan pada telinga anda selain akan mengehadkan pendengaran anda untuk sesuatu tempoh masa.
Antara kesan yang anda mungkin akan alami termasuklah sakit telinga, tinitus, kehilangan pendengaran serta kehilangan keseimbangan dan koordinasi sewaktu berjalan.

Untuk pengetahuan anda, apabila air terkumpul di telinga dan tidak mengalir dengan betul, ia akan mendatangkan risiko yang boleh menyebabkan jangkitan dan juga gangguan pendengaran sementara.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi teknik dan juga tips dalam membantu anda membuang air yang terperangkap di telinga anda.
Teknik Jiggling
Ia adalah dengan menggoyangkan cuping telinga anda saat anda berbaring.
Caranya adalah:
- Baring secara terlentang atau menghadap ke siling. Anda juga boleh mendongakkan sikit kepada untuk memudahkan air tersebut keluar.
- Kemudian, goyangkan cuping telinga anda sehingga anda merasakan ia mengalir keluar.
- Jika berjaya, ambil kapas dan lap lebihan air yang berada di sekitar cuping telinga anda.
Teknik Manuver Valsalva
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh kebanyakan individu yang kerap masuk ke dalam air seperti perenang ataupun penyelam.
Caranya adalah:
- Anda perlu meniup ke dalam telinga pada kekuatan sederhana.
- Ia bagi memberikan tekanan ke dalam telinga sekaligus membantu membiarkan air mengalir keluar dengan sendirinya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengering rambut yang mana anda perlu menarik cuping telinga ke bawah, biarkan udara hangat meniup telinga anda.
Teknik Vakum
Ini adalah kaedah yang paling biasa dilakukan oleh kebanyakan individu yang mana menggunakan teknik vakum.
Apa yang anda pelru lakukan adalah:
- Meletakkan telapak tangan di atas telinga dan menekan telinga dengan lembut selama beberapa saat.
- Kemudian, tarik telapak tangan anda yang mana ia akan menghasilkan kesan seakan penyedut yang akan membantu mengeluarkan air dari saluran.
- Ulangi langkah satu dan dua sehingga anda berasa selesa.
Teknik Chew and Yawn
Pernahkah anda berasa seakan telinga tersumbat dan ibu anda akan menyuruh anda untuk menguap dan cuba menelan air liur?
Jika ya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah Chew dan Yawn.
Caranya adalah:
- Anda hanya perlu menggerakkan mulut dan rahang anda membantu menyamakan tekanan pada tiub Eustachian
- Kemudian, buat pergerakan seakan menelan air liur.
- Selepas itu, anda juga boleh cuba menguap bagi mendorong air dari telinga anda keluar.
- Sekiranya tidak berhasil, cuba menggelengkan kepala bagi memberikan tekanan tambahan pada telinga.
Tambah Air Ke Dalam Telinga Yang Tersumbat
Ada juga yang mengatakan dengan menambah lebih air pada telinga yang tersumbat boleh menbantu menyingkirkan air.
Apa yang anda perlu buat adalah:
- Berbaring secara mengiring mengikut telinga yang tersumbat perlu diletakkan di bahagian atas.
- Kemudian, isi air pada telinga yang tersumbat.
- Tunggu sekitar 5 saat sebelum mula membalikkan telinga pada keadaan yang mana telinga yang tersumbatmenghadap ke bawah.
Sumber: Healthline hearingaidreno