Carian
Sejarah Salmon – Lambakan Ikan Di Norway Punca Sushi Menjadi Popular?
June 2, 2021 Lina Rosli

Tidak dinafikan ikan salmon sangat digemari oleh kebanyakan individu kerana rasanya yang menarik selain menampilkan khasiat kesihatan yang tinggi.

Ia adalah salah satu protein berkualiti tinggi yang kaya dengan pelbagai antioksidan dan asid lemak omega-3. Namun, bagaimana orang ramai mula mengetahui akan kebaikannya kepada kesihatan?


Penemuan Hidangan Salmon Di Eropah

Untuk pengetahuan anda, suatu ketika dahulu ikan Salmon banyak ditemui di pantai timur dan barat Amerika. Ia pada waktu itu dikenali sebagai ikan kalkun Alaska.

Salmon telah menjadi makanan pokok orang Eropah selama berabad-abad. Ini sebahagiannya disebabkan oleh kehadiran banyaknya habitat ikan Salmon Atlantik di hampir seluruh pantai Eropah.

Bukan itu sahaja, ikan ini turut dikatakan hadir dengan hak perlindungan yang mana pemerintah mengeluarkan peraturan untuk melindungi stok Salmon disebabkan ramai nelayan yang mencuba untuk menghentikan Salmon dari kembali ke kawasan semula jadi.

Dengan perkembangan perindustrian dan juga teknologi penangkapan ikan moden, spesies Salmon terus menurun. Pengenalan kaedah pengawetan daging dalam bentuk pengetinan dan lapisan gula meningkatkan permintaan Salmon di seluruh dunia dan menurunkan populasi ikan ini di Atlantik.

Pada waktu itu, New England adalah yang pertama memulakan pengetinan Salmon pada tahun 1840 dan menghantarnya ke seluruh negara hingga ke California.


Hidangan Yang Mempopularkan Ikan Salmon

Salah satu hidangan yang paling ramai individu pesan adalah Sashimi.

Pada tahun 1970-an, Norway mula mengedarkan ikan Salmon ke seluruh dunia. Bermula dari tahun itu, Salmon dilihat sebagai makanan mewah dan pengeluaran mula berkembang dengan pesat.

Untuk pengetahuan anda, Norway adalah pengeluar terbesar Salmon yang mana negara ini membawakan hampir separuh daripada pengeluaran global dengan kadar lebih dari 400,000 tan salmon.

Disebabkan lambakan Salmon di perairan Norway pada tahun sekitar 1989 selain tidak dapat mencari pelanggan yang ingin mendapatkannya pada jumlah yang besar, makan mereka mula membekukan salmon.

Pemilik dagangan Salmon pada waktu itu mula mencari pembeli dari Jepun. Mereka pergi ke sebuah syarikat bernama Nishi Rei dan memberitahu orang Jepun yang mana mereka akan menjual 5000 tan Salmon pada harga yang murah.

Bukan itu sahaja, pada tahun 1986, Menteri Perikanan dari Norway turut hadir dengan program yang disebut “Project Japan”. Melaluinya, ia akan mempromosikan industri makanan laut negara itu di Jepun dan mereka mahu mengeksport semua jenis ikan ke luar negara termasuk Salmon mentah.


Mengapa Norway Memilih Jepun Sebagai Negara Untuk Eksport Salmon?

Salah satu sebabnya adalah Jepun adalah antara negara penggemar ikan. 

Sebelum hadirnya Salmon, sushi di Jepun kebanyakannya disediakan daripada ikan tuna. Malah, sebelum tahun 1985, orang Jepun tidak mempunyai tradisi makan salmon mentah.

Hal ini disebabkan di lautan Pasifik, ikan Salmon terdedah kepada parasit yang mana ia tidak mempunyai rasa, warna atau bau yang sesuai untuk dimakan mentah.

Namun, dengan meyakinkan bahawa ikan Salmon dari Norwegian berbeza, negara Norwat berjaya meluaskan pasaran Salmon mentah di kebanyakan kedai makan di Jepun.

Sejak dari tahun itu, ikan salmon telah menjadi makanan utama di restoran sushi di seluruh dunia. Pada tahun 2020, Norway telah mengeksport lebih dari 1.1 juta tan makanan laut ke Jepun dan hampir 2.7 billion tan makanan laut ke seluruh dunia.

Sumber: Japantimes Civileat mynewsdesk

Komen