Seiko kini memperkenalkan koleksi Prospex dengan penampilan yang lebih moden iaitu 1965 dan 1970 Diver’s Modern Re-Intepretations.

Jika pada sekitar tahun tahun lalu, koleksi ini telah dikeluarkan bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-55 yang mana ia membawakan rekaan jam tangan yang disesuaikan untuk para penyelam yang menggunakan tali jam getah.

Namun pada kali ini, untuk edisi yang dicipta semula, ia menampilkan dua jam tangan yang dihadirkan semula menggunakan tali kain yang unik.  Ia direka dan dihasilkan bagi menghasilkan keseimbangan reka bentuk dan fungsi yang sempurna untuk si pemakai.


Yang membezakan keduanya adalah, tali warna coklat dan muka jam berbezel adalah rekaan semula 1965. Sementara, tali kelabu bertekstur pula adalah rekaan semula untuk 1970.

Dengan menggunakan fabrik dengan teknik anyaman Jepun yang dinamakan Seichu, tali jam kain ini dilihat membawakan tekstur dan warna yang unik. Ia dilihat hampir seakan sama dengan tali obijime tradisional yang mana tali hiasan ini dipakai bagi memastikan selempang Kimono di tempatnya.


Menurut Seiko, antara faktor pemilihan tali khas untuk koleksi Prospek ini adalah disebabkan kekuatan dan daya tahan mereka terhadap degradasi akibat terdedah kepada cahaya matahari selain memenuhi standard tuntutan jam tangan untuk penyelam bagi digunakan di bawah air.


Kedua-dua ciptaan ini ditawarkan dengan tali kain alternatif dengan warna yang berbeza yang dapat ditukar dengan mudah. Malah, tali kain ini juga mempunyai fleksibiliti dan kebolehtelapan udara dalam memastikan keselesaan maksimum di pergelangan tangan.

Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan Seiko Prospex ini boleh mula didapati di rangkaian kedai fizikal Seiko dan juga kedai jam tangan premium di seluruh Malaysia dan Brunei.