Apabila sebut mengenai coklat, terdapat pelbagai jenis coklat yang boleh anda dapatkan di pasaran seperti coklat gelap, coklat susu dan juga coklat putih.

Namun, tahukah anda bahawa coklat putih sebenarnya tidak kategorikan sebagai coklat?

Mengapa sedemikian? Hal ini kerana, untuk definisi coklat adalah makanan yang diperbuat daripada biji koko panggang dan dihancurkan yang mana kemudiannya disediakan dalam bentuk cecair, pes atau blok selain turut digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan lain.

Jadi, adakah coklat putih dikira sebagai coklat?

Untuk menjawab persoalan ini, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda mengenai coklat putih termasuk apakah bahan yang terkandung di dalamnya dan ketahui juga kesan pemakanannya pada kesihatan.

Mengapa coklat putih sebenarnya tidak kategorikan sebagai coklat?

Untuk pengetahuan anda, coklat putih diperbuat dari gabungan mentega koko, lesitin iaitu pengemulsi lemak, produk susu, gula dan vanila. 

Sementara bagi memenuhi syarat sebagai coklat, produk tersebut mestilah mengandungi bahan utamanya iaitu pepejal koko.

Sebelum menjadi koko yang digunakan di pasaran, biji koko akan ditapai, dikeringkan, dipanggang dan cengkerang mereka dibuang. Dan seterusnya, coklat tersebut akan digiling menjadi pes.

Apabila cecair coklat diubah menjadi pepejal koko, pada waktu itulah ia akan memberikan rasa dan menentukan sama ada ekstrak tersebut adalah coklat sebenar atau sebaliknya.

Benarkah coklat putih tidak baik untuk kesihatan?

Coklat putih mempunyai 17g gula untuk setiap 1 ouns yang mana untuk 1 bar coklat akan hadir dengan kira-kira 28 gram. Ini bermakna lebih daripada 60 peratus coklat putih sebenarnya gula.

Jika dibandingkan dengan coklat gelap, ia mempunyai lebih sedikit gula. Hal ini kerana, semakin banyak pepejal koko dalam coklat, semakin sedikit gula yang dikandungnya. 

Malah, disebabkan coklat putih dihasilkan menggunakan mentega koko, gula dan susu, maka hidangan ini hadir dengan kandungan lemak tepu yang tinggi.

Walaupun coklat putih mengandungi kalsium dalam jumlah yang besar, tetapi ia bukan makanan yang sihat kerana tidak membekalkan sejumlah besar nutrien penting lain untuk menampung kandungan kalori, gula dan lemak yang tinggi. 

Tidak dinafikan bahawa salah satu bahan utama coklat putih berasal dari biji koko yang menjadikannya seakan sama dengan coklat gelap dan coklat susu. Namun, kerana coklat putih tidak mengandungi pepejal koko yang memberikan rasa coklat, ia tidak boleh memenuhi syarat sebagai coklat sebenar mengikut standard semasa.

Sumber: bonappetit