Lina Rosli Diterbitkan 3 June 2021

Di Manakah Bunga Rafflesia Pertama Dijumpai?

Seperti yang dinyatakan di kebanyakan kajian mengenai tumbuhan, bunga Rafflesia adalah genus tumbuhan holoparasit tanpa daun dan akar. Ia merupakan tumbuhan yang muncul di sekitar pokok lain terutamanya pada pokok anggur liar atau dikenali sebaga Terastigma.

Disebabkan ia tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah, ia hadir dengan tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang yang mana akan menyerap nutrien daripada tumbuhan perumah.

Untuk pengetahuan anda, Rafflesia ini biasanya dijumpai di hutan hujan tropika yang mana banyak ditemui di selatan Thailand ke Malaysia, Filipina dan Indonesia.


Di Manakah Bunga Rafflesia Yang Pertama Dijumpai?

Rafflessia yang pertama dijumpai adalah jenis spesis Arnoldi yang mana ia ditemui oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada 19 Mei 1818.

Ia pertama kali dilihat di Sumatera oleh pihak eksplorasi di kawasan sekitar Pulau Lebar di Sungai Manna.

Menurut surat yang ditulis oleh Dr Arnold kepada Dawson Turner, bunga yang dijumpainya hadir dengan saiz yang besar yang mana berukuran penuh di seberang.

Dr Arnold menggambarkan yang mana beliau melihat segerombolan lalat berterbangan di atas bunga dan bertelur di dalamnya dan ia menghasilkan bau seakan daging lembu yang busuk.


Malaysia Mempunyai Sekitar Lapan Spesis Rafflesia Berbeza

Menurut kajian UKDiss, lapan spesies Rafflesia ini ditemui di lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Empat daripada lapan spesies ini ditempui di Semenanjung Malaysia iaitu:

  • Rafflesia Azlanii
  • Rafflesia Cantleyi
  • Rafflesia Hasseltii
  • Rafflesia Kerrii

Sementara tiga daripada lapan spesis pula ditempui di Sabah iaitu:

  • Rafflesia Tengku Adlinii
  • Rafflesia Keithi
  • Rafflesia Pricei

Dan di Sarawak pula ada empat spesis iaitu:

  • Rafflesia Tuan Mudae
  • Rafflesia Pricei
  • Rafflesia Keithii

Sebilangan spesis Rafflesia ini adalah antara bunga terbesar di dunia yang mana mereka boleh berdiameter hingga 1 meter atau sekitar 3.3 kaki dengan berat 10 kg.

Untuk pengetahuan anda juga, tidak seperti kebanyakan bunga yang lain yang mana mengeluarkan bau yang harum, Rafflesia apabila mekar akan mengeluarkan bau yang menjijikkan seperti bau busuk. Ia dikatakan melalui bau busuk ini, ia akan menarik perhatian lalat dan serangga lain sekaligus membantu dalam menyebarkan benih Rafflesia.

Sumber: ukdiss sci-news afar