Carian
Tips Pemilihan Mesin Pengisar – Manakah Yang Sesuai Untuk Anda?
June 4, 2021 Lina Rosli

Pada hari ini, pembelian alat untuk dapur telah menjadi lebih mudah apabila kebanyakan platform atas-talian mula menawarkan variasi jenama dan juga model untuk barangan yang diperlukan.

Seperti kebanyakan peranti dapur yang lain, mesin pengisar juga mempunyai jenis yang berbeza yang mana memerlukan anda untuk mengetahui fungsi dan kelebihan yang ditampilkan untuk sesuatu model.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi tips dan juga faktor yang perlu diambil-kira sewaktu memilih mesin pengisar yang bersesuaian untuk kegunaan harian anda.


Ketahui Jenis Mesin Pengisar

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai mesin pengisar, antara perkara utama yang perlu anda ketahui adalah jenis pengisar.

Terdapat tiga jenis mesin pengisar yang utama yang boleh anda pertimbangkan iaitu.

  1. Pengisar Countertop.  Pengisar ini biasanya mempunyai kapasiti yang besar dan dan sesuai untuk digunakan untuk mengisar bahan makanan menjadi halus. Kebanyakan individu akan mempertimbangkan untuk membeli pengisar ini. Hal ini kerana, ia mempunyai asas tapak yang sangat kuat selain anda boleh memilih beberapa tahap kehalusan untuk memotong dan mengisar makanan di dalam balang.
  2. Pengisar Single-Serve. Pengisar ini jauh lebih kecil daripada pengisar biasa. Jadinya, ia sesuai untuk anda yang tidak mempunyai ahli rumah yang ramai. Disebabkan saiznya yang kecil, ia lebih mudah untuk digunakan dalam mempersiapkan bahan memasak seperti pes dan sos. Malah, pengisar ini biasanya disertakan dengan penutup yang akan terdapat di cawan pengisar yang mana anda boleh membuat smoothie dan meminumnya semasa dalam perjalanan.
  3. Pengisar dengan kepakaran. Jika anda ingin membeli pengisar ini, anda selepas ini tidak lagi perlu membeli pengisar khas yang lain. Pengisar ini telah dibina untuk variasi pilihan kisar dan berupaya untuk mengadun, menghaluskan, memotong, dan mengisar dalam masa yang singkat.

Pilih Saiz Dan Kapasiti Yang Bersesuaian

Pastikan anda membaca dahulu spesifikasi yang ditawarkan.

Ukuran pengisar boleh berbeza-beza dari 3 hingga 14 cawan. Oleh itu, amat penting untuk memilih saiz yang betul.

Sekiranya ruang penyimpanan anda adalah terhad, mungkin lebih sesuai untuk anda memilih pengisar serba lengkap yang ringkas.

Namun, jika anda kerap memasak untuk kapasiti yang banyak, mungkin idea yang baik untuk anda membeli pengisar dengan saiz yang lebih besar.

Periksa Ketahanan Binaan Pengisar

Paling penting adalah tapak mestilah kukuh. Pastikan tapak kaki cukup stabil sehingga pengisar tidak akan jatuh dari meja semasa diisi ataupun sewaktu sedang mengisar. Malah, anda juga perlu memastikan bahawa bilah yang digunakan adalah jenis keluli tahan karat supaya ia dapat digunakan untuk tempoh lebih lama.

Untuk bahagian bekas pula, ia mungkin akan didatangkan dengan pilihan kaca atau plastik. Jika anda memilih kaca, pengisar anda akan lebih berat, lebih kuat tetapi lebih mahal berbanding pengisar dengan bekas plastik.


Fikirkan Tentang Tenaga Yang Digunakan

Tidak setiap isi rumah memerlukan pengisar yang hadir dengan ciri-ciri yang kompleks. Anda mungkin boleh gunakan jenis yang ringkas tetapi berkuasa.

Untuk pengisar dengan kadar kuasa 500W, pada amnya ia sudah mencukupo untuk beban kerja pengisar biasa, seperti membuat milkshake dan campuran smoothie. Apabila anda memilih pengisar dengan banyak fungsi, sudah tentu ia juga akan menggunakan jumlah tenaga yang banyak.

Jadi, ini adalah beberapa tips yang perlu anda tahu dan pertimbangkan sebelum membeli pengisar. Anda juga disarankan untuk periksa juga jaminan dan waranti yang ditawarkan.

Komen