Pada tempoh pandemik ini, selain manusia, haiwan juga memerlukan penjagaan dan rawatan kesihatan yang bersesuaian bagi memastikan tubuh mereka berada di dalam keadaan yang sihat dan ceria.
Menerusi kempen “Take Your Pet To Vet” , Royal Canin menggesa semua pemilik haiwan peliharaan untuk membawakan mereka ke klinik veterinar berdekatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Tahukah anda, yang mana kesemua haiwan peliharaan seharusnya dibawa ke veterinar sekurang-kurang dua kali setahun untuk diperiksa? Bermula umur satu tahun, kucing perlu diberikan suntukan vaksin bagi membendung komplikasi kesihatan yang serius selain menjadi salah satu bentuk pencegahan daripada penyakit dan bakteria yang berbahaya.
Tambahan sewaktu tempoh PKP ini juga, pemeriksaan ke atas haiwan kesayangan anda adalah penting bagi mengetahui keperluan nutrisi yang berpadanan untuk mendapatkan antibodi yang mencukupi.
Sebelum ini, Royal Canin telahpun hadir dengan penawaran aplikasi atas-talian untuk peranti Android dan juga iOS. Yang mana melaluinya, para pemilik haiwan peliharaan boleh mengetahui dan mempelajari keperluan haiwan peliharaan anda dengan lebih mudah.

Antaranya termasuk membimbing pemilik haiwan di Malaysia mengenai kaedah penjagaan haiwan peliharaan menerusi penawaran kandungan yang informatif dan menarik merangkumi topik seperti diet dan pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku dan juga kesihatan umum mereka.
Malah, Royal Canin juga akan memberi ganjaran kepada pemilik haiwan yang mendaftarkan profil anak kucing dan anak anjing mereka di aplikasi berkenaan dengan baucar penjagaan kesihatan haiwan bernilai RM30. Ia boleh mula ditebus bermula 1 Julai ini di profil Royal Canin Club.
Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Royal Canin Club di App Store atau Google Play Store bermula hari ini. Bagi yang baru berdaftar, anda juga berpeluang menebus baucar permulaan dan set hadiah selagi stok masih ada.