Pleats adalah salah satu item fesyen yang kini menjadi kegemaran ramain individu lebih-lebih lagi para wanita.
Ia membawakan imej yang tampak moden dan minimalis dalam penggayaan harian anda tidak kira untuk tudung mahupun seluar dan juga skirt.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan lipatannya tidak rosak, anda perlu memberi perhatian yang lebih untuk penjagaannya termasuk:
- Tidak membiarkannya renyuk dan tidak digantung pada penyidai. Hal ini kerana, untuk jenis kain seperti ini ia tidak sesuai untuk digosok. Jadinya, anda perlu mengurangkan risiko renyuk dan terlipat sewaktu mencucinya.
- Menggosok kawasan tertentu secara intensif atau untuk jangka masa yang panjang yang boleh menyebabkan tekstur yang berbeza dan sedikit mengubah warna.
- Pastikan juga anda tidak meletakkan pakaian pleats di dalam mesin pengering.

Cara Memastikan Lipatan Pleats Pada Skirt, Seluar Dan Tudung Kekal Dan Tidak Berubah
Sebilangan besar pengeluar mengesyorkan anda menghantar ke cucian kering dan penjagaan profesional untuk pakaian jenis pleats.
Namun, bagi anda yang ingin berjimat dan ingin menguruskannya di rumah, anda mungkin boleh praktikkan beberapa tips ini:
- Untuk cucian di rumah, anda boleh menggunakan dan menetapkan suhu cucian air sejuk agar tidak menyusut. Anda juga disarankan untuk memilih waktu cucian normal atau cucian yang paling pendek bagi mengelakkan ia terendam terlalu lama.
- Setelah selesai cuci, cari penyidai baju yang bersaiz besar atau mempunyai klip yang boleh menggantung pakaian anda dengan baik.
- Untuk tudung, anda boleh cuba menyidainya tanpa penyidai dan pastikan anda menyusun lipatan pada tudung anda secara rapat. Ia bagi mengelakkan lipatan menjadi kembang dan jarak.
- Bagi anda yang ingin menghilangkan kesan renyuk atau kedutan yang ketara, anda boleh menggunakan saterika jenis wap dan elakkan daripada menekan bahagian lipatan dengan kuat.
- Sewaktu saterika, anda boleh menghalakan wap pada bahagian yang berkedut atau renyuk selama lima hingga 8 saat dan ulangi beberapa kali sehingga selesai.

Tips tambahan sewaktu saterika, pastikan anda menetapkan wap pada suhu paling rendah untuk mengurangkan kerosakan pada lipatan. Adalah penting juga untuk anda mengenal pasti jenis lipatan yang digunakan, dan arah lipatannya.