Pernah dengar akan konsep “Power Hour”?
Terma ini biasanya digunakan dalam menggambarkan yang mana sesuatu tempoh masa ataupun satu daripada 24 jam dalam sehari anda boleh mengubah hidup anda.

Bagaimana Power Hour boleh mengubah hidup anda?
Menurut Adrienne Herbert menerusi perkongsian pengalamnya di Ted Talk, pada waktu itu sebuah jenama sukan memintanya untuk melakukan maraton London dan menjadi duta global untuk jenama tersebut.
Adrienne berkata yang mana sebelum ini beliau tidak pernah berlari lebih dari 10km, dan permintaan ini adalah sesuatu yang baru untuk dirinya. Jadi, ia memerlukan beberapa persiapan dan juga aktiviti yang perlu dilakukannya bagi menjayakan permintaan ini.
Di samping beliau perlu mengurus masa yang sudahpun padat dengan aktiviti harian, beliau perlu mencari satu slot masa tambahan untuk berlatih untuk perlumbaan marathon ini. Apa yang dilakukannya adalah penyelesaian yang mudah iaitu bangun satu jam lebih awal.
Kenapa Bangun Satu Jam Lebih Awal?
Apa yang ingin disampaikan di sini adalah, sudah tentu anda tidak boleh mengubah aktiviti atau tugasan apa yang telah disusun dan dirancangkan dalam hari anda.
Jadi, daripada menunggu masa yang tepat untuk mengejar impian anda, atau di dalam situasi Adrienne, menunggu masa yang kosong untuk mulakan latihan, apa yang perlu anda buat adalah meluangkan masa untuk diri anda sendiri.
Dengan meluangkan hanya satu jam daripada 24 jam anda, ia dapat mengubah sikap, tabiat, kesihatan dan hubungan sosial anda secara keseluruhan.
Jika diteliti dalam gambaran yang lebih besar, anda akan melihat yang mana anda telah mengurangkan satu jam waktu tidur anda. Tetapi di satu sudut yang lain sebenarnya ia membawa kepada kehidupan yang lebih cemerlang dan produktif.

Persediaan Mental Yang Perlu Hadir Bersama-Sama Dengan Power Hour
Secara umumnya, konsep Power Hour ini sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan semula satu jam masa anda setiap hari yang digunakan atas sesuatu perkara.
Untuk melakukan ini, minda dan tubuh anda perlu bersedia dan selari dengan tujuan melaksanakannya.
Caranya, anda boleh merenung dan menilai kembali bagaimana anda biasa memulakan hari anda dan apakah alat atau kaedah yang boleh anda gunakan untuk membantu anda melaksanakan perubahan ini.
Jadi, anda perlu memanfaatkan slot satu jam itu dengan berusaha membina dan menjayakan matlamat anda.
Sekiranya satu jam setiap hari terasa seperti terlalu banyak, anda mungkin boleh mulakannya dengan 15 hingga 30 minit setiap hari dan tingkatkannya sedikiti demi sedikit kepada satu jam.