Carian
Idea Asal Sayuran Sejuk Beku – Mengapa Ia Diperkenalkan?
June 9, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda,  kandungan nutrisi yang terkandung dalam makanan, sayuran dan buah-buahan dan yang dibekukan adalah lebih tinggi dan lebih baik berbanding yang segar?

Mengapa ia sedemikian?

Hal ini kerana, teknik pembekuan tidak menjejaskan kiraan kalori, kandungan serat, atau jumlah mineral. Ia boleh membuat perbezaan dengan beberapa vitamin, seperti folat dan vitamin C. Tetapi, kebanyakan nilai pemakanan akan dikekalkan selepas pembekuan.


Namun untuk sayuran segar pula, kandungan nutrisi akan mula mengurang dari hari ke hari jika ia tidak diambil atau dimasak dalam tempoh masa yang terdekat.

Idea Bermulanya Penawaran Kacang Pis Beku

Secara umumnya, pencipta untuk sayur-sayuran beku ini ada beberapa orang. Namun, Clarence Birdseye dikreditkan dengan mencipta pada tahun 1924 dengan penawaran kaedah pembekuan cepat. Beliau yang telah menghasilkan jenis makanan sejuk beku yang kita lihat di pasaran pada masa sekarang.

Idea ini bermula apabila Birdseye bekerja sebagai peniaga bulu di Labrador, Kanada. Beliau mendapati bahawa ikan yang dipancingnya menjadi rosak setelah tiba di pasar tempat beliau menjual.

Ia mungkin disebabkan oleh kotak bungkusannya yang gagal untuk memerangkan kesegaran ikan.

Sebelum ini, makanan beku telahpun diperkenalkan kepada umum. Namun, ia tidak menjadi pilihan masyarakat Amerika kerana kualiti makanan sejuk beku adalah sangat buruk.


Mengambil inspirasi daripada masyarakat Inuit, Birdseye kemudiannya mencuba kaedah tradisional pembekuan pantas. Untuk memastikan makanannya kekal sejuk, dia menggunakan plat logam berlubang yang diisi dengan bahan pendingin berasaskan ammonia yang menyimpan logam antara –29 hingga –46 darjah Celcius.

Akhirnya, beliau mendapati yang mana ikan tersebut kekal enak rasanya walaupun dicairkan semula selepas beberapa bulan. Jadi, dari situlah Birdseye hadir dengan teori yang mana makanan mesti dibekukan dengan sangat cepat agar dapat mengekalkan rasa dan teksturnya.

Revolusi Industri Sejuk Beku

Pada tahun 1929, syarikat Birds Eye mula melancarkan pelbagai jenis makanan sejuk beku. Bermula dari daging hingga ikan, dan juga munculnya buah beri beku hingga kacang pis dan bayam.

Penawaran ini menjanjikan kemudahan yang mana semua masyarakat boleh mendapatkan sayur walaupun di kala luar musim tanpa perlu risau akan kekurangan bekalan untuk tenpoh masa yang lama.


Pertumbuhan industri ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penyebaran pasar raya yang lebih besar pada akhir  tahun 1940-an dan 1950-an di Amerika. Oleh itu, Amerika akan menjadi negara pembeku komersial dan dari situlah makanan sejuk beku berkembang ke seluruh dunia.

Jadi, bagaimana sayuran sejuk beku seperti kacang pis, lobak dan jagung boleh menjadi popular? Jawapannya, ia adalah disebabkan munculnya idea penawaran makanan sudah sedia (ready to go meal) yang menjadi pilihan di Amerika Syarikat. Ia bukan sahaja digunakan pada piza, malah turut dimakan bersama stik dan lain-lain.

Sumber: loc

Komen