Carian
Guna Google Meet Di Peranti Pintar? Jom Cuba 3 Ciri Ini
June 9, 2021 Lina Rosli

Bagi anda yang kerap menggunakan aplikasi atau platform telesidang Google Meet di peranti pintar, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada ada tips menarik yang boleh anda gunakan sewaktu menyertai sesi perbincangan di Meet.

Tambah Kapsyen Di Google Meet

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengikuti apa yang dikatakan dalam sesi telesidang yang berlangsung, anda boleh menghidupkan kapsyen untuk kegunaan anda sendiri.

Untuk mengaktifkan kapsyen, anda perlu klik butang “Show Caption” yang terdapat di sebelah kanan bawah tetingkap Meet. Dan pilihan kapsyen akan muncul sebaik sahaja anda menekan butang berkenaan.


Walau bagaimanapun, untuk fungsi ini, ia hanya boleg digunakan sekiranya telesidang tersebut dilaksanakan dalam bahasa terpilih sahaja iaitu:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Perancis
  • Sepanyol (Mexico)
  • Portugis (Brazil)
  • Bahasa Jerman
  • Sepanyol (Sepanyol)

Aktifkan Ciri Split View

Bagi anda yang menggunakan iPad, Google Meet menyokong ciri Split View yang mana membolehkan anda memilih dan drag-and-drop aplikasi lain ke kedua sisi skrin semasa telesidang berlangsung.

Melaluinya, anda boleh menatal atau merujuk tetingkap lain seperti Google Drive, laman web atau aplikasi lain ketika bermesyuarat.

Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan Split View, paparan video anda akan dimatikan secara automatik. Anda boleh mengaktifkan semula video setelah menukar Google Meet kembali ke mod skrin penuh.

Menggunakan Mikrofon Untuk Menaip Di Ruang Bual

Selain itu, anda juga boleh menggunakan mikrofon untuk menulis komen di ruangan bual.

Dengan ini, anda boleh terus berkongsi apa yang anda ingin katakan tanpa perlu menggunakan papan kekunci. Namun, anda perlu menentukan bahasa yang ingin digunakan dahulu sebelum menukarkan suara anda menjadi teks.

Setakat ini, ciri ini hanya diuji untuk peranti Android sahaja.


Membisukan, Menyematkan Dan Mengeluarkan Peserta Lain

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan ciri Mute, Pin dan Remove peserta yang berkaitan.

Caranya, klik atau tekan lama peserta yang dipilih pada skrin anda dan tetapkan sama ada anda ingin membisukannya, menyematkannya (pin) untuk beri ruang untuk peserta lain fokus pada perbentangan beliau dan juga buang peserta dari sesi berkenaan.


Jadi, itu adalah beberapa perkara menarik yang boleh anda cuba pada Google Meet. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan memudahkan lagi pengurusan dan melancarkan perlaksanaan telesidang anda pada masa kelak.

Komen