Pernah tak anda perasan yang mana lirik lagu dan juga skrip drama yang anda tonton adalah lebih mudah untuk dihafal berbanding maklumat yang anda pelajari di dalam kelas?

Biasanya, ia akan dikaitkan yang mana anda lebih berminat dengan lirik lagu tersebut berbanding maklumat yang diperkenalkan di kelas atau di dalam buku teks.

Namun, sebenarnya bukan sekadar itu.


Mengapa muzik lebih senang untuk diingati? Jawapannya adalah disebabkan lirik yang ditulis untuk adalah lebih berkait dengan individu sekaligus ia membantu individu menjalinkan emosi dengan muzik tersebut.

Apabila anda mendengar lagu yang sesuai dengan emosi yang mungkin anda rasakan pada ketika itu, ia dilihat akan lebih mudah untuk otak anda menyimpan maklumat tersebut dan mengingatnya ketika berada dalam situasi yang sama di kemudian hari.

Bagaimana Memori Memproses Sesuatu Informasi?

Sebelum itu, untuk pengetahuan anda, memori adalah satu tempat penyimpanan sementara yang ada di otak manusia yang mampu mengingat dan menyimpan sesuatu informasi di dalamnya.

Anda akan ada memori jangka pendek dan juga memori jangka panjang yang mana ia akan disusun di dalam kotak atau rangkaian masing-masing.

Menurut Richard Atkinson dan Richard Shiffrin, ingatan disimpan dalam tiga sistem penyimpanan informasi, iaitu memori sensori, memori jangka pendek, dan memori jangka panjang.

Seperti yang anda tahu, memori biasanya akan melibatkan pelbagai peristiwa atau kejadian yang berlaku di persekitaran yang mengandungi sejumlah maklumat yang besar. Seterusnya ia perlu diproses terlebih dahulu dan menapis atau memilih pelbagai bentuk maklumat yang telah dikecilkan seperti gambar, bunyi atau makna.

Berdasarkan artikel yang digambarkan Simply Psychology, memori akan diproses menerusi rangkaian atau kaedah pengekodan, memori jangka panjang dan ingat kembali (recall).


Bagaimana setiap proses dalam rangkaian ini berlaku?

Rangkaian yang pertama adalah pengekodan. Proses ini akan meletakkan memori bermula dengan perhatian yang mana peristiwa yang tidak dapat dilupakan menyebabkan neuron dirangsang lebih kerap.

Terdapat empat jenis pengekodan iaitu akustik, visual, taktil, dan semantik. Pengekodan untuk penyimpanan memori jangka pendek sangat banyak pada pengekodan akustik. Sementara, pengekodan memori jangka panjang pula  banyak terdapat pada pengekodan semantik.

Contoh pengekodan akustik, ia lebih menjurus kepada perbuatan lisan. Apabila seseorang diberi senarai nombor dan huruf, mereka akan mencuba menyimpannya di dalam memori jangka pendek dan akan melatihnya secara lisan. Sementara untuk semantik yang banyak digunakan untuk memori jangka, ia akan melibatkan proses memori dengan makna. 


Rangkaian seterusnya adalah memori jangka panjang yang mana di dalam kotak memori ini akan ada dua bahagian pemproses iaitu memori episodik dan memori semantik.

Secara ringkas, memori episodik adalah memori yang menyimpan peristiwa dan perasaan penting yang berlaku. Manakala, memori semantik adalah storan yang menyimpan fakta yang dibaca atau didengari. Jadi, memori semantik ini bertanggungjawab untuk menyimpan pembelajaran dan maklumat yang berkaitan di sekolah atau tempat kerja.

Akhir sekali untuk ingat kembali kesemua peristiwa atau maklumat yang berlaku, akan ada satu kotak di dalam memori yang akan memprosesnya iaitu sistem ingat kembali.

Rangkaian ini bertanggungjawab untuk mencari maklumat yang tersimpan di dalam otak anda. Ketika anda ditanyakan tentang bagaimana fotosintesis berlaku, jawapannya akan muncul di kepala anda satu atau dua saat setelah anda membaca soalannya. Sistem ingat kembali ini akan mengaktifkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi untuk membantu kita mencari jawapannya.

Sumber: Opentextbc