Pernahkah anda melihat pada bekas plastik atau bekas makanan dan mendapati terdapat beberapa simbol yang ditampilkan secara konsisten untuk setiap produk?
Jika ya, simbol tersebut adalah tanda yang menunjukkan panduan atau langkah penggunaan produk tersebut.
Berikut adalah beberapa simbol yang boleh anda ketahui:
Simbol Cawan Dan Garpu
Simbol ini sering digunakan pada bekas makan seperti Tupperware. Ia digunakan untuk menunjukkan bahawa produk tersebut sesuai untuk penggunaan makanan.
Simbol Kitar Semula
Untuk simbol kitar semula pula, ia adalah antara simbol yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk menunjukkan bahawa produk tersebut boleh dikitar semula.
Terdapat segelintir individu menyangka yang mana simbol ini adalah petunjuk bahawa pembungkusan telah dibuat dari bahan kitar semula. Namun, hakikatnya tidak.
Simbol PET
Sementara untuk simbol PET pula, ia adalah simbol lain yang digunakan secara meluas untuk menunjukkan bahawa plastik yang digunakan dalam pembungkusan dapat dikitar semula.
PET merujuk kepada Polythene Terephthalate yang biasa digunakan dalam aplikasi ini. Nombor di dalamnya adalah sekitar 1 hingga 7 yang mana mentakrifkan resin yang digunakan dalam membuat pembungkusan berkenaan.
Simbol Orang Dengan Tong Sampah
Ia merujuk kepada kempen yang mengajak semua individu untuk menjaga alam sekitar.
Simbol ini digelar Tidyman. Ia diperkenalkan oleh badan amal bebas dengan tiga tujuan iaitu untuk menghilangkan sampah, menghentikan sisa sampah dan memperbaiki persekitaran dan alam sekitar.
Simbol Gelombang Mikro
Ini adalah simbol yang digunakan untuk menunjukkan bahawa bungkusan makanan sesuai digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Pastikan anda sentiasa periksa untuk memastikan logo ini ada sebelum anda memasukkan bekas makanan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Ia bagi mengelakkan bekas tersebut cair ataupun rosak.
Kadangkala, ia juga ada memberi tahu suhu maksima yang boleh diterima oleh bekas plastik berkenaan.
Simbol Pembekuan
Simbol ini merujuk kepada produk tersebut sesuai untuk pembekuan.
Jika gambar ini dilihat pada bungkusan makanan anda, maka anda dapat membekukan keseluruhan produk tanpa perlu menukar atau menggantikkan pembungkus terlebih dahulu.
Sama seperti simbol gelombang mikro, simbol ini juga kadangkala hadir dengan suhu maksima yang boleh diterima oleh produk.
Simbol Pembungkusan Bebas Gluten
Penampilan simbol ini bertujuan untuk menyatakan bahawa produk tersebut tidak mengandungi gluten atau ekstrak gandum lain. Ini biasanya akan dilabel dengan jelas pada produk yang sesuai dengan keterangan ini.
Simbol Alergi
Kebiasaannya, simbol ini diletakkan pada produk yang mengandungi bahan-bahan yang biasa individu alah atau alergi.
Salah satu yang paling biasa dilihat adalah simbol ini dengan “mungkin mengandungi kacang” di bawahnya.
Jadi, di atas adalah 8 simbol yang biasanya ditampilkan pada bekas makanan atau bekas plastik yang ditawarkan di pasaran. Sebaiknya, anda perlu kerap memeriksa panduan penggunaan bekas sebelum mula menggunakannua