Carian
Ikuti Tips Ini Untuk Kekalkan Kesegaran Bunga Rumah Anda
June 11, 2021 Lina Rosli

Tidak kira sama ada anda menanam bunga di kebun anda atau membeli bunga dari kedai bunga, pastinya anda ingin memastikan bunga anda kekal cantik dan segar untuk tempoh yang lama.

Jadinya, Tajria hari ini ingin berkongsi tips  dalam membantu memaksimumkan jangka hayat bunga anda dengan cara mudah.

Berikut adalah tiga tips yang boleh anda mula praktikkan:

Potong Akar Atau Batang Bunga Sebelum Merendamnya Di Dalam Air

Sekiranya anda membeli bunga, anda harus selalu memotong batangnya sebelum memasukkannya ke dalam air.

Hal ini kerana, jika anda membeli gubahan dari kedai bunga profesional, anda akan melihat yang mana mereka akan memotong batangnya. Oleh sebab itu, bunga anda akan baik selama beberapa hari.

Pastikan anda memotong batang setiap tiga hari atau lebih dengan menggunakan gunting yang tajam.


Berapa panjang kena potong?

Anda boleh trim sekitar satu inci dari bahagian bawah setiap batang pada sudut 45 darjah.

Ia bertujuan untuk mencegah batang daripada memerah dan membiarkannya menyerap lebih banyak air.

Gunakan Saiz Bekas Yang Besesuaian

Pasu atau bekas dengan ukuran yang betul adalah elemen penting dalam memelihara kesegaran gubahan bunga anda.

Sekiranya bukaan terlalu sempit, batangnya mungkin kelihatan sempit, ia akan mengganggu perkembangan bunga sama. Sementara, jika bukaan pasu terlalu lebar, susunannya tidak akan mempunyai seni atau bentuk yang menarik.

Elakkan daripada menggunakan pasu rendah seperti kubus atau mangkuk kecil kerana ukuran ini memerlukan potongan yang banyak pada batang bunga. 


Tukar Air Setiap Dua Hari Sekali

Air segar dan bersih akan menjadikan bunga anda kekal lebih lama.

Anda boleh menukar setiap dua hari sekali dengan air yang bersih. Sebelum itu, pastikan anda bilas pasu dengan air suam untuk membersihkannya kemudian isi hingga dua pertiga dengan air tawar.

Di samping menukar air, periksa bahagian bunga yang sudah mula layu. Jika terdapat satu daun yang hampir mati, ada baiknya anda membuangnya dengan segera.


Sekiranya anda ingin membuat bunga anda kembang dan terbuka, pastikan anda  menggantikan air sejuk dengan air suam. Suhu yang hangat akan membantu memudahkan pembukaan mekar.

Selain itu, anda juga harus memastikan yang mana bunga anda disusun dan diletakkan dikawasan yang teduh dan sejuk.

Ia juga penting untuk menjauhkan bunga anda dari buah-buahan di dapur atau di atas meja kerana buah-buahan akan mengeluarkan gas etilena yang menyumbang kepada bunga layu. 

Komen