Carian
Kerajaan Selangor Menampilkan Inisiatif Untuk Pelancongan – Tawar Ebaucar RM50
June 11, 2021 Lina Rosli

Sebelum ini, kerajaan Negeri Selangor telahpun hadir Baucar Pelancongan Negeri Selangor yang dikatakan bagi merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”.

Ia bertujuan untuk meningkatkan dan membaik-pulih semula sektor pelancongan di negeri Selangor dengan nilai peruntukan sebanyak RM2 Juta.

Terkini, dalam pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0, ia menyaksikan penawaran ebaucar RM50 akan diperuntukkan kepada umum. Sebanyak 20,000 unit baucar akan diagihkan menerusi ewallet dan ebaucar bagi tujuan memastikan semua pihak berpeluang menikmati subsidi yang diberikan.

Bukan itu sahaja, geran bantuan kewangan berjumlah RM1 juta juga akan ditawarkan kepada penggiat industri pelancongan Negeri Selangor. Insentif kewangan ini akan disalurkan secara pengembalian kewangan bagi individu yang telah melaksanakan aktiviti promosi bagi menarik dan merancakkan semula industri pelancongan di Selangor.


Untuk mendapatkannya, amaun yang boleh dituntut adalah berdasarkan satu pelaksanaan yang mana sebanyak 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ataupun boleh juga dituntut mengikut kelayakan maksimum RM 20,000 mengikut yang mana lebih rendah.

Setakat ini, penebusan subsidi baucar pelancongan dan juga tarikh pemberian geran masih belum diumumkan lagi.

Tidak ketinggalan, disebabkan peningkatan kes Covid-19 di sekitar Selangor dan kawasan lain di seluruh Malaysia, pihak Tourism Selangor mensarankan kepada semua rakyat Malaysia agar kekal mematuhi SOP dan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa tempoh PKP berlangsung.

Komen