Carian
Kenapa Lebah Ada Ratu Dan Bukannya Raja – Sistem Lebah Madu?
June 14, 2021 Lina Rosli

Lebah memainkan peranan penting dalam rantai makanan di muka bumi. Mereka melakukan pendebungaan yang mana akan memindahkan debungan dari bahagian tanaman jantan ke bahagian tanaman betina yang biasanya dari kalangan tanaman berbunga.

Bercakap mengenai lebah juga, serangga ini mempunyai sistem kasta yang ketat yang dipanggil Sistem Lebah Madu.


Sistem Madu Lebah Madu

Lebah ratu adalah jenis lebah yang terbesar dan ia telah hidup paling lama berbanding lebah yang lain.

Ratu ini dikatakan boleh bertahan sehingga enam tahun. Ia bertanggungjawab dalam mengembangkan puak lebah dan akan bertelur sepanjang hari untuk melahirkan generasi lebah seterusnya. Lebah ratu juga juga menghasilkan bahan kimia untuk mempengaruhi tingkah laku lebah jenis lain.

Lebah Pekerja

Tahukah anda bahawa lebah yang bekerja untuk mencari makanan adalah lebah betina?

Lebah ini juga dikenali sebagai lebah pekerja yang mana mereka akan mencari debunga dan nektar dari bunga sebagai stok makanan. Malah, lebah ini juga ditugaskan untuk membina dan melindungi sarang selain menjaga udara di dalam sarang supaya tetap bersih.


Untuk pengetahuan anda, lebah pekerja tidak berkembang secara seksual dan tidak bertelur.

Sekiranya anda melihat terdapatnya lebah di luar sarang,  maka ia adalah lebah pekerja kerana lebah jenis lain tidak pernah meninggalkan sarang.

Lebah Dron

Sementara lebah jantan pula hanya duduk di dalam sarang dan berkawan bersama Lebah Ratu.

Nama lain untuk lebah ini adalah lebah dron yang mana saiznya adalah lebih besar berbanding lebah pekerja tetapi lebih kecil daripada lebah ratu.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, tugas lebah dron hanyalah makan dan berkawan dengan Lebah Ratu. Mereka akan duduk di sarang pada musim bunga dan musim panas yang mana ia adalah musim mengawan bagi lebah.

Namun, setelah muncul musim sejuk dan tamat mengawan, lebah ini akan mati dan akan dikeluarkan dari sarang oleh lebah pekerja.

Kenapa Lebah Ada Ratu Dan Bukannya Raja?

Menjawab kepada persoalan ini, Lebah Ratu adalah ibu kepada semua lebah di dalam sarang tersebut yang mana bertanggungjawab untuk mengembangkan generasinya.

Lebah Ratu akan menghasilkan rata-rata 1,500 telur setiap hari sepanjang hidupnya.

Disebabkan itu juga, dia memerlukan petugas untuk melakukan segalanya untuknya, dari dandanan hingga makan. Ratu hampir tidak pernah meninggalkan sarang.

Walau bagaimanapun, Lebah Ratu bukanlah pemerintah. Ratu memang mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku lebah pekerja, namun semuanya adalah berasaskan sistem demokrasi yang telah dipupuk.


Apabila koloni lebah merasakan bahawa mereka memerlukan ratu baru, yang mungkin disebabkan keadaan ratu sedang sakit, lebah pekerja akan memulai proses membesarkan ratu baru.

Sebilangan besar tugas dan fungsi harian sarang dikendalikan oleh feromon dan isyarat kimia yang berlaku secara naluriah. Apabila keputusan sedar dibuat, seperti pilihan tempat bersarang atau pencarian kawasan mencari makanan, kebiasaannya, ia akan diputus melalui kaedah undi.

Sumber: beekeepersnaturals dummies

Komen