Carian
Tips Memilih Meja Makan Untuk Rumah – Bulat Atau Empat Segi?
June 14, 2021 Lina Rosli

Bagaimana anda memilih bentuk meja makan untuk rumah anda?

Pemilihan bentuk yang bersesuaian adalah penting dalam menentukan keselesaan pergerakan di dalam rumah selain memudahkan anda mengurus tempat duduk sekiranya terdapat tetamu luar yang berkunjung.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa perkara penting dalam pemilihan meja makan untuk rumah anda.

Faktor Pemilihan Bentuk Meja Makan

Berikut adalah dua faktor utama yang harus diambil-kira sebelum membeli meja makan:

  1. Ukuran ruang makan
  2. Jumlah individu yang kerap menggunakannya

Apabila sudah mengetahui faktor utama ini, anda akan mendapati bahawa bentuk tertentu sesuai dengan keadaan tertentu. Jadinya, jika anda berasa bentuk anda anda pilih sepadan keperluan keduanya, barulah anda mula membeli atau menempah meja tersebut.

Bentuk Meja Makan – Empat Segi Tepat

Pemilihan bentuk meja empat segi tepat adalah yang paling biasa dipilih oleh kebanyakan pemilik rumah.

Ia berikutan meja makan berbentuk segi empat tepat dilihat baik dalam menampung lebih dari empat orang yang menggunakannya.


Saiz yang boleh anda pilih termasuk:

  • 4 orang: 80x120cm hingga 100x150cm
  • 6 orang: 80x180cm hingga 100x200cm
  • 8 orang: 80×240 hingga 100×260
  • 12 orang: 80×300 hingga 100×320

Bentuk Meja Makan – Empat Segi Sama

Jikalau ruang rumah mempunyai lebar yang luas, meja makan segi empat sama merupakan penyelesaian yang baik jika anda tidak mempunyai kumpulan besar untuk duduk sepanjang masa.


Manfaat untuk memiliki meja empat sama adalah anda boleh berbual dengan. lebih jelas di samping memberikan keakraban dan penyelesaian yang memuaskan untuk menempatkan sebilangan kecil orang.

Bentuk Meja Makan – Bulat

Seakan sama dengan meja makan empat segi sama, meja makan bulat adalah salah satu bentuk terbaik untuk perhimpunan kecil kerana semua orang dapat melihat orang lain. Hasilnya, perbualan lebih mudah dilakukan dan suasana terasa lebih selesa dan meriah.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa meja bulat tidak sesuai untuk anda dengan bilangan ahli keluarga yang besar.


Hal ini kerana, semakin besar bulatan meja, semakin jauh anda dengan orang lain. Anda akan perasan yang mana mereka yang duduk makan bersama anda akan kelihatan jauh dan anda mungkin perlu menjerit untuk memastikan perbualan anda didengari oleh semua orang.

Malah, kebanyakan ruang makan tidak cukup besar untuk menampung meja makan bulat yang besar.

Bentuk Meja Makan – Bujur

Namun, sekiranya anda masih juga tidak gemari meja bersegi, mungkin anda boleh mengambil meja makan bujur.

Meja makan bujur sangat serupa dengan meja segi empat tepat di hampir semua sifatnya. Walau bagaimanapun, secara umumnya ia memerlukan ruang yang lebih sedikit berbanding segi empat tepat kerana sudut bulat.


Anda mungkin mahu mempertimbangkan meja bujur jika anda mempunyai bilik yang lebih sempit atau lebih kecil dan kadang-kadang perlu menempatkan lebih banyak orang.

Kesimpulannya, kedua-dua meja segi empat dan bulat mempunyai keperluan yang tersendiri dan masing-masing hadir dengan reka bentuk yang unik dan mampu mempengaruhi suasana kediaman anda.

Komen