Lina Rosli Diterbitkan 14 June 2021

Hilangkan Bau Busuk Di Peti Sejuk Dengan 5 Cara Ini

Apabila anda menyimpan segala makanan daripada yang segar sehingga yang telah dimasak, pastinya anda akan dapat menghidu pelbagai bau di dalam peti sejuk anda.

Akibat daripada itu, anda turut akan mendapati yang mana makanan juga akan lebih cepat busuk dan tidak boleh dimakan. 

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkau bau yang tidak menyenangkan pada peti sejuk anda.


Periksa dan tetapkan suhu yang betul

Suhu di dalam peti sejuk anda sangat penting.

Sekiranya terlalu panas, ia dapat mendorong pertumbuhan bakteria dan mempercepat kerosakan makanan di dalamnya. Ini adalah salah satu sebab mengapa peralatan dapur anti bakteria perlu digunakan bagi mengurangkan risiko penyebarannya,

Suhu di dalam peti sejuk anda hendaklah antara -20 dan -15 darjah.

Sentiasa lap dan bersihkan makanan yang tertumpah

Untuk sesetengah keadaan, bau busuk di dalam peti sejuk adalah disebabkan oleh makanan ataupun barangan yang telah busuk dan tertumpah.

Apabila dibiarkan lama, ia boleh mencemarkan sebahagian besar bahagian dalam peti sejuk dan meninggalkan bau yang busuk. Selain itu, periksa juga makanan lama yang tidak lagi digunakan. Buang sekiranya ia telah tamat tempoh.

Untuk membersihkan peti sejuk, anda boleh menggunakan Bersihkan larutan pembersih yang mencampurkan satu sudu pemutih klorin dan satu cawan air. Gunakan ini untuk membersihkan kotoran dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.


Letakkan penyerap bau atau soda penaik

Setelah sudah bersihkan bahagian dalam peti sejuk, anda boleh letakkan penyerap bau di dalam peti sejuk.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan soda penaik kerana ia berfungsi baik dalam mematikan bau yang menjadikannya penyelesaian yang sempurna untuk menyerap bau seperti ikan, bawang, lada dan sebagainya.

Cara menyediakan penyerap bau:

  • Isikan soda penaik ke dalam cawan.
  • Letakkan ini di dalam peti sejuk anda dan tutup pintu.
  • Kemudian, biarkan ia di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Sekiranya aroma tidak hilang, cuba taburkan soda penaik ke atas rak dan biarkan selama dua jam. Lap bahagian dalam dengan campuran soda penaik dan air sehingga bersih.

Pastikan bekas makanan ditutup rapat

Susun makanan anda ke dalam bekas kedap udara dan label dengan tarikh penggunaan.

Periksa juga sama ada bekas makanan anda ditutup rapat. Ia bagi mengelakkan bau makanan tersebut keluar dari bekas sehingga menyebabkan bau busuk di dalam peti sejuk anda.

Selain itu, anda juga boleh menulis label untuknya dan gunakan balang yang sama untuk menyimpannya. Tambahkan juga tarikh mula memasukkan makanan tersebut ke dalam peti sejuk supaya anda tahu berapa lama sudah ia berada di dalamnya.


Tambah Wangian Lemon Untuk Kesegaran

Gunakan lemon untuk menjadikan peti sejuk anda lebih wangi dan segar.

Asid sitrus bertindak baik dalam menyegarkan bahagian dalam peti sejuk anda, dan anda boleh menggunakannya dengan cara berikut:

  • Rendam beberapa bola kapas dalam jus lemon
  • Gunakan ini untuk mengelap bahagian dalam peti sejuk anda. Jus lemon akan mencipta wangian yang menyenangkan.

Selain lemon, anda juga boleh meletakkan kopi dan oat. Ia juga boleh membantu dalam meneutralkan bau busuk yang mana ia mampu menyerap apa-apa bau sisa makanan yang lama selepas beberapa hari.