Carian
Apa Itu BMI? Adakah Ia Kalkulator Kesihatan Yang Tepat?
June 15, 2021 Lina Rosli

Indeks jisim badan (BMI) adalah alat penilaian kesihatan yang digunakan untuk mengukur lemak badan berdasarkan tinggi dan berat badan yang dimiliki. Kaedah pengukuran uni digunakan secara universal sama ada lelaki atau perempuan.

Namun, untuk pengetahuan anda, terdapat segelintir individu yang telah mengkritik penggunaan kaedah pengiraan BMI dalam mengukur tahap kesihatan.


Asal Usul BMI

Idea BMI ini mula diperkenalkan pada tahun 1832 oleh seorang ahli matematik dari Belgium yang bernama Lambert Adolphe Jacques Quetelet.

Sebelum menggunakan nama BMI, ia turut dikenali. sebagai Quetelet’s Index.

Beliau menggunakan skala BMI yang didasrkan menggunakan formula matematik. Ia bertujuan untuk menganggar sama ada seseorang mempunyai berat badan yang sihat atau sebaliknya dengan membahagikan berat badan mereka dalam kilogram (kg) dengan ketinggian mereka dalam meter kuasa dua (m*m).

BMI = berat (kg) / tinggi (m*m)

Pada waktu itu, ia dikatakan bagi membantu pemerintah dalam memutuskan peruntukkan bajet bagi sumber kesihatan dan kewangan.


Mengikut penulisan oleh di Elemental, Quetelet percaya bahawa penggunaan formula matematik adalah idealnya dalam mengukur berat badan l’homme moyen iaitu berat badan orang biasa berdasarkan amalan pemakanan.

Namun, apa yang mejadikan ia kurang relevan adalah disebabkan ketidakpastian hubungan antara risiko masalah kesihatan dengan berat badan seseorang individu disebabkan pengenalannya adalah eksklusif kepada orang Eropah sahaja.

Malah, pada ketika itu juga ada satu isu yang mengatakan kaedah ukuran ini sebenarnya digunakan sebagai ukuran kecergasan kepada orang tua dan pembenaran saintifik untuk eugenik yang mana bertujuan untuk mengurangkan kecacatan manusia dengan masalah penyakit dan ciri-ciri yang tidak diingini dalam kalangan komuniti dan juga populasi manusia.

Kenapa BMI Tidak Relevan?

Salah satu faktor atau kelemahan terbesar BMI adalah ia tidak mengambil kira kandungan lemak badan berbanding otot yang juga dikenali sebagai tisu tanpa lemak.

Untuk segelintir individu, mereka mempunyai berat otot lebih banyak daripada lemak yang mana ia hadir dengan kapasiti otot yang lebih padat. Namun, apabila dikira menggunakan formula berat semata, ia secara tidak langsung menjadikan orang dengan berat otot yang tinggi sebagai obesiti walhal ia tidak mengandungi lemak badan yang banyak.


Selain itu juga, BMI juga tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak dan orang tua. Hal ini kerana, formula ini tidak dapat membezakan antara jisim lemak, otot atau cecair. Bagi orang tua, jisim otot jauh lebih rendah berbanding dengan jisim lemak dan banyak keadaan perubatan yang dapat meningkatkan jisim cecair yang menjadikan pengiraan ini tidak relevan.

Sumber: NCBI

Komen