Berjalan kaki adalah salah satu cara terbaik bagi setiap orang untuk tetap aktif dan membakar lemak badan.

Malah, ia juga mampu meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan mengurangkan risiko anda menghidap penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, osteoporosis dan beberapa penyakit yang lain.

Namun, apabila duduk di rumah pastinya ia akan menyebabkan anda lebih kurang berjalan kerana ruang yang terhad dan juga pergerakan yang terbatas.

Walau bagimanapun, sebenarnya terdapat cara yang mana anda boleh kekal aktif walaupun berada di rumah.


Guna Kaedah Housewalking

Teknik ini adalah keadaan yang mana anda akan berjalan di sekitar rumah seberapa banyak yang mungkin.

Untuk melakukan housewalking, anda tidak memerlukan sebarang peralatan selain dapat dilakukan pada bila-bila masa sepanjang hari dan juga turut boleh dilakukan mengikut rentak anda sendiri.

Syarat utama housewalking adalah anda perlu berjalan sekurang-kurangnya 20 minit sehari.

Bagaimana untuk melakukannya?

Terdapat dua cara yang boleh anda praktikkan di dalam rumah:

Buat tugasan berulang

Sebagai contoh, jika anda sedang menonton televisyen, dan anda merasa dahaga. Makanya, anda boleh berjalan ke dapur dengan mengambil laluan yang paling panjang untuk hendak ke dapur.

Anda juga boleh melakukan tugasan berkali yang mana, anda boleh meletakkan cawan terlebih dahulu, kemudian duduk kembali di kerusi televisyen, kemudian ke dapur sekali lagi untuk meletakkan air anda ke dalam cawan.

Ulang langkah ini berkali sehingga tersedianya satu cawan air.

Atau anda juga boleh melakukan aktiviti seperti menyapu atau mengemop setiap hari setiap pagi bagi mendapatkan bilangan langkah sekurang-kurangnya 10,000 tapak satu hari.


Berjalan sambil bersenam

Selain berjalan sambil melakukan banyak tugas, berikut adalah contoh set interval berjalan di rumah yang boleh anda lakukan bila-bila masa.

Berjalan setempat selama 3 hingga 5 minit. Anda boleh memilih sama ada ingin berjalan di meja makan ataupun di ruang kerusi televisyen. Apa yang penting adlaah, ia membolehkan anda membuat pusingan.

Caranya:

  • Lakukan pusingan di tempat tersebut sebanyak mungkin. Dan secara perlahan naikkan kelajuan pergerakan memusing,
  • Lakukan satu set berjalan kaki selama satu minit.
  • Pada minit seterusnya, cuba berjalan dengan lutut tinggi.
  • Minit yang ketiga, anda boleh berjalan dengan kaki seakan hendak menendang ke hadapan.
  • Lakukan ketiga cara berjalan ini sehingga cukup 20 minit. Ia tidak memerlukan anda membuat kesemuanya secara berterusan.

Mengapa anda perlu berjalan secukupnya?

Ia merupakan kaedah yang paling berkesan untuk pembakaran kalori jika anda menganggap tidak mempunyai masa untuk bersenam.

Menerusinya juga, anda boleh melakukan aktiviti aktif yang menyeronokkan dan realistik dalam mendapatkan tubuh yang sihat. Ini seperti cabaran kecil yang hebat yang anda lalui setiap hari. Selain itu, anda tidak perlu pergi ke gim atau melakukan sedikit masa untuk melakukannya.

Cara ini juga bersesuaian untuk semua lapisan umur tidak kira muda atau tua.