Apabila berlaku situasi yang mana peti sejuk anda tidak lagi menyebarkan udara yang sejuk dan dingin, perkara pertama yang anda perlu buat anda memeriksa keadaan peti sejuk anda.
Ia termasuk:
- Pastikan plag dipasang dengan betul. Periksa juga sama ada plag anda berfungsi dengan baik.
- Lihat sama ada suhu pada termostat diatur mengikut kesesuaian peti sejuk.
- Periksa juga gasket pada pintu. Kadang kala ada keadaan yang mana pintu ditutup dengan betul. Sekiranya lampu peti sejuk tidak mati, makanya pintu peti sejuk anda mungkin tidak berfungsi dengan baik disebabkan gasket anda telah koyak dan menyebabkan masuknya udara hangat atau lembap ke dalam peti sejuk anda.
- Alihkah bekas makanan yang menyekat lubang udara. Hal ini kerana, ia akan menghalang udara sejuk daripada beredar melalui peti sejuk anda. Oleh itu, anda perlu susun barang di dalampeti sejuk anda atau bersihkan sebahagian makanan yang boleh menyekat aliran udara.

Jika anda mendapati tiada masalah wujud diakibatkan oleh 4 perkara di atas, nampaknya peti sejuk anda mungkin mengalami sesuatu yang lebih rumit.
Berikut adalah lima sebab mengapa peti sejuk anda tidak sejuk, dan cara mengatasinya.
Gegelung pemeluwap berhabuk
Gegelung pemulawap (kondenser) biasanya terletak di bawah atau di belakang peti sejuk yang menyejukkan bahagian dalam peti sejuk anda.
Jika begitu banyak habuk atau kotoran terkumpul pada gegelung ini, ia akan mengakibatkannya panas sehingga membawa aliran udara panas naik ke dalam peti sejuk anda.
Cara mengatasi:
Bersihkan serpihan dengan vakum atau sikat gegelung peti sejuk khas. Kemudian periksa sama ada udara menjadi lebih sejuk setelah dibersihkan.

Kipas pemeluwap rosak
Kipas pemeluwap terletak di kabinet di bahagian bawah peti sejuk. Ia berhampiran gegelung pemampat dan gegelung pemeluwap.
Tugas kipas ini adalah memastikan pemampat dan gegelung tetap sejuk, jadi jika ia rosak, peti sejuk akan mula panas.
Cara mengatasi:
Periksa untuk mengetahui sama ada habuk atau serpihan terdapat di bilah kipas yang akan membuatnya tidak berputar dengan betul. Jika ya, lap lembut bilah dengan tuala.
Sekiranya bilah tidak berputar sama sekali, mungkin motor kipas mungkin perlu diganti.
Kipas penyejat rosak
Terdapat satu lagi gegelung yang disebut gegelung penyejat, di panel di belakang peti sejuk beku. Ia berfungsi dalam mengalirkan bahan pendingin dan berubah menjadi gas, menjadikannya sejuk.
Sekiranya motor kipas penyejat rosak, maka udara sejuk tidak akan beredar dengan betul.
Kadang-kadang berlaku keadaan yang mana udara dingin tidak bergerak ke kotak sejuk beku. Sekiranya kipas penyejat rosak, anda mungkin perlu mengganti motor kipas.
Sekiranya kipas berfungsi dengan baik, udara dingin tidak mengalir mungkin disebabkan panel belakang telah beku.
Berikut adalah beberapa isu yang mungkin dialami peti sejuk anda. Jika ia masih tidak lagi berfungsi dengan baik, sudah masanya untuk anda membawanya ke juruteknik ataupun menggantikannya dengan yang baru.