Carian
Bolehkah Madu Menjadi Pengganti Gula Untuk Penghidap Diabetes?
June 17, 2021 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, ada satu kajian yang menganggarkan yang mana lebih 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes. Penyakit ini dikategorikan sebagai salah satu penyakit kronik yang mana boleh menyebabkan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Oleh itu, kebanyakan penghidap penyakit diabetes, anda disarankan untuk menghindari pengambilan makanan atau minuman yang mempunyai rasa manis, terutama yang mengandung banyak gula tambahan.

Ia berikutan diabetes berlaku akibat terdapatnya peningkatan kadar gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan bergula atau tinggi glukosa secara berlebihan.

Namun, bagaimana dengan madu?

Madu Boleh Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah?


Terdapat beberapa kegunaan madu dalam kehidupan seharian. Ia termasuk dapat mengatasi masalah kesihatan seperti melegakan batuk, alergi, cirit-birit, dan asma.

Selain itu, ia juga bermanfaat untuk kecantikan yang mana ia berhasil dalam merawat masalah kulit termasuk melegakan gatal dan menyembuhkan luka.

Madu diketahui mempunyai rasa manis, tetapi makanan jenis ini cukup selamat untuk dimakan oleh penghidap diabetes.

Tahukah kamu, jika tidak dikonsumsi secara berlebihan, madu baik untuk pengidap penyakit diabetes?

Menurut kajian NCBI, rutin pengambilan madu asli dikatakan boleh membantu menurunkan kadar gula darah pada pengidap penyakit ini. Selain itu, konsumsi madu juga disebut bisa membantu menurunkan dan menjaga kadar kolesterol serta berat badan tetap seimbang. 

Madu mempunyai komposisi yang kompleks, tetapi dibandingkan dengan gula, ia mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan nilai yang bertenaga. 

Bukan itu sahaja, madu sendiri diketahui mempunyai rangkaian khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Madu mengandungi bahan seperti air, gula, antioksidan, flavonoid, fenolik, vitamin E, vitamin C, asid amino, dan mineral seperti zink dan zat besi.


Adakah madu boleh menjadi pengganti gula?

Jawapannya tidak.

Hal ini kerana, ia masih dikategorikan sebagai gula semula jadi dan tinggi karbohidrat. Oleh itu, wajar jika ia mempengaruhi gula darah anda dalam beberapa cara. Namun, jika dibandingkan dengan gula putih biasa, nampaknya madu mempunyai kesan yang lebih kecil.

Para penyelidik mendapati bahawa dalam kumpulan orang yang menghidap diabetes, madu menyebabkan kenaikan gula darah awal 30 minit selepas pengambilan. Walau bagaimanapun, kadar gula darah peserta kemudian menurun dan kekal pada tahap yang lebih rendah selama dua jam.

Bolehkah madu mencegah diabetes?

Walaupun madu dapat meningkatkan kadar insulin dan membantu penghidap diabetes mengawal gula darah mereka, tampaknya tidak ada penyelidikan yang meyakinkan bahawa madu sebagai faktor pencegahan diabetes. 

Perlu diingat bahawa madu lebih manis daripada gula. Sekiranya anda menggantikan madu dengan gula, anda hanya boleh mengambilnya denga kadar yang sedikit.

Malah, disebabkan madu boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah, hindari pemanis lain sehingga diabetes anda terkawal.

Sumber: myhealth

Komen