Carian
Tahukah Anda Jenis Laluan Kenderaan Yang Terdapat Di Malaysia?
June 17, 2021 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda pembinaan jalan raya secara amnya bertujuan untuk menyediakan ruangan untuk trafik yang mana bagi mengatasi pelbagai rintangan geografi seperti bukit, tumbuh-tumbuhan, sungai dan juga bangunan.

Kebiasaannya, proses pembinaan jalan raya juga akan melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan dan terowong.


Bukan itu sahaja, sebelum mula membina jalan, pihak kontraktor akan menguji bentuk muka bumi terlebih dahulu sebelum mula digunakan sebagai laluan kenderaan. Oleh sebab itu, anda akan melihat sebelum terhasilnya jalan yang sempurna, terdapat beberapa lapisan tanah, batu dan tar akan ditambak sehingga selamat untuk digunakan. 

Penggunaan Lorong Di Jalan Raya

Kebanyakan jalan di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua lorong. 

Di jalan dua lorong, lorong kiri biasanya digunakan hanya ketika anda ingin memotong sebuah kereta yang lebih perlahan memandu di hadapan anda, atau ketika jalan sesak dan kedua-dua lorong digunakan.

Sementara, jalan raya dengan tiga atau lebih lorong pula digunakan bagi melancarkan arus lalu lintas.

Penggunaan lorong ini haruslah bertepatan dengan keadaan sekeliling yang mana, anda harus berada di lorong kiri ketika melalui atau bersiap untuk membelok ke kiri. Ataupun berada di lorong kanan ketika membelok ke kanan.


Jenis Lorong Atau Jalan Raya Yang Biasa Anda Lihat

  • Jalan lingkaran – Kebiasaannya, ia adalah jenis jalan raya yang dilalui kenderaan untuk mengelilingi sesuatu kawasan seperti pusat bandar.
  • Jalan pintasan – Jenis jalan raya ini dibina bagi mengelakkan atau menggunakan laluan selain jalan utama untuk memintas kawasan bandar, atau sekurang-kurangnya bahagian sibuk di sesebuah bandar.
  • Jalan raya kembar – Ia biasanya dijumpai sama ada di lebuh raya atau bandar besar yang mana jalan raya ini yang mempunyai pembahagi jalan yang memisahkan aliran lalu lintas bagi kedua-dua arah yang bertentangan. 
  • Jalan raya tunggal – Ia juga dikenali sebagai alan raya biasa yang tidak mempunyai pembahagi jalan. Jalan ini merupakan reka bentuk asas bagi sesebuah jalan raya.
  • Lebuh raya – Untuk bandar besar, biasanya mereka mempunyai jalan raya utama yang dikhususkan untuk pemanduan berkelajuan tinggi dengan sekurang-kurangnya 4 lorong yang mana ada minima 2 jalan raya bagi setiap arah laluan yang dipisahkan oleh pembahagi jalan serta hanya boleh dicapai melalui persimpangan bertingkat.

  • Laluan persekutuan – Untuk laluan persekutuan, ia merupakan jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan
  • Laluan negeri – Sama seperti laluan persekutuan, laluan negeri adalah jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan negeri
  • Laluan persendirian – Untuk sesetengah tempat atau kawasan, ada syarikat, organisasi ataupun orang persendirian yang mempunyai jalan raya atau lebuh raya yang tersendiri.

Berikut adalah beberapa jenis jalan raya yang terdapat di Malaysia. Semoga selepas ini anda tidak lagi keliru dengan jenis jalan raya yang terdapat di Malaysia.

Komen